SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Titik terakhir 2010

Salam,

Bagi pihak warga SMKJM mengucapkan selamat berjuang kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan SPM 2010 yang bermula pada hari ini. Setelah dua tahun bertungkus lumus blelajar, mengulangkaji , membuat latihan, ujikaji.latih tubi dan seumpamanya, telah sampai masanya untuk mengeluarkan segala yang dipelajari dan tersimpan di minda . Mudah-mudahan segala usaha tersebut diberkati oleh Allah Jua. Kepada semua warga guru SMKJM yang turut bertungkus lumus mengajar,membuat kelas tambahan, menyediakan modul-modul pengajaran, mengadakan pelbagai pecutan ke arah kecemerlangan pencapaian akademik , apa yang penting keikhlasan tuan puan akan diberi ganjaran olehNya. Insyaalah. Jawablah dengan teliti dan penuh ketenangan, ingatilah segala nasihat dan ajaran, taatilah segala panduan, akurlah pada segala teguran, tiada yang mustahil jika kita tidak berkata tidak. Pastinya kitalah yang mencorak warna-warna kehidupan kita untuk masa hadapan. Selamat berjuang dan melakar sejarah kecemerlangan SMKJM.

0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.