SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Dari Meja Pengetua

UNTUK PERHATIAN (I) GURU BERTUGAS PENGURUSAN (II) GURU BERTUGAS SPM

Salam sejahtera rakan-rakan semua.

Untuk memastikan tugas waktu SPM dijalankan dengan licin, sila ambil perhatian beberapa perkara yang berikut.


  1. Guru bertugas SPM perlu datang awal dan menjalankan tugas seperti yang ditetapkan oleh SU SPM. Selepas calon-calon telah masuk ke dalam bilik peperiksaan sila berada di pejabat untuk tugas 'emergency' seperti: perlu menghubungi calon-calon yang tidak hadir atau membantu ketua pengawas yang perlu bantuan yang berkaitan dengan kesulitan calon-calon.
  2. Guru bertugas pengurusan (PK/KB/GC/Guru senior) : Sila laporkan diri ke pejabat dahulu sebelum mula bertugas. Sila menepati masa. Tuan-tuan dan puan-puan bertugas rasmi membantu pentadbiran. Walau bagaimana pun dalam masa lapang rakan-rakan boleh buat kerja sendiri. Pada setiap masa sewaktu SPM, pejabat mesti ada seorang pentadbir/wakil pentadbir. Jika pengetua berada di pejabat, rakan-rakan boleh bertugas di bilik sendiri tetapi perlu memaklumkan kepada pejabat supaya dapat dihubungi secara terus atau melalui telefon bimbit. Dalam tempoh masa bertugas, sentiasa lalu dan menziarahi pejabat untuk melengkapkan diri dengan maklumat terkini setakat mana bantuan diperlukan. (Ketampakan-Make your presence felt.) Jika pengetua ada tugas rasmi di luar sekolah, rakan-rakan mesti berada di pejabat dan menjadi pegawai perantaraan jika ada lawatan daripada RO, pihak ibu-bapa, PPD, JPNJ atau LPN.
  3. Guru bertugas pengurusan (PK/KB/GC/Guru senior) : Biasanya, pengetua (atau pk) perlu tunggu sampai 1:45 ptg untuk menyerahkan kertas soalan petang kepada ketua pengawas sebelum ada peluang untuk makan tengah hari. Oleh itu, minta rakan-rakan berada di pejabat untuk memberi peluang pengetua (atau pk) makan dan rehat sebentar.
  4. Guru bertugas pengurusan (PK/KB/GC/Guru senior) perlu membantu guru bertugas SPM dan juga calon-calon SPM.
  5. Pejabat mesti dibuka dari 7 pg sehingga ke 5 petang, termasuk waktu rehat tengah hari (ambil giliran untuk rehat).

Sila balas email ini untuk mengesahkan mesej telah diterima. Satu salinan dilekatkan di pejabat bagi mereka yang masih belum ada alamat email lagi.

Sekian. Terima kasih.

1 comments:

Pn. Murniyati said...

terima kasih dengan maklumat yang terima.tugas akan dilaksanakan.

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.