SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2011






Program: Majlis Lantikan Pengawas 2011
Tempat : Dataran Kejat SMKJM
Masa : 7.30-8.05 pagi


Matlamat
Memastikan pengawas setiasa bermotivasi dan berkeyakinan dengan pengiktirafan yang diberi.

Objektif

1. Memberi pengiktirafan kepada pengawas agar sentiasa dihargai
2. Memberikan pendedahan kepada pengawas berkaitan perjalanan pengurusan majlis.
3. Menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.

Aturcara Majlis

7.15 pagi - Pelajar berkumpul di Dataran Kejat SMKJM

7.20 pagi - Pengetua dan guru-guru mengambil tempat

7.25 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian lagu Bangsa Johor.
- Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa

7.30 pagi - Ucapan GPk HEM

7.50 pagi - Ucapan Pengetua & Perasmian

8.00 pagi - Penyampaian Watikah
- Ikrar Pengawas
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Sesi bergambar
- Majlis Bergambar

AJK Lembaga Pengawas Sesi Pagi 2011

Ketua Pengawas : Ong Ying Yar

Penolong Ketua Pengawas : Lim Jiang Liang
: Teo Hock Ming

Setiausaha : Kamini A/P Thanagaran

Pen. Setiausaha : Samantha Lau Khoi Yan

Exco Disiplin : Ang Se Chin (K)
: Moh Yu Han
Ahmad Hadi B. Mohd Rizal
Liau Kai Xiang

Exco UPLP :Chua Wei Qing (K)
Chua Ler Shian
Ooi Wei Khang
Onh Chia Yee

Exco Blok & Kantin Ruzaini (K)
Amiruddin B. Abd. Razak
Chan Si Min
Ng Shi Hao

Exco Perhimpunan Tan En Tang (K)
Wong Jian Feng
Ng Jun Hong
Tong Jiun Yan
Shajindran A/L Chanadran

Intipati Ucapan Pengetua

Perhimpunan Minggu ke tiga

Tarikh : 17 Januari 2010

Tempat : Dataran Kejat SMKJM

Masa 7.30 pagi – 8.05 pagi

Intipati Ucapan Pengetua En. Yew Kok Leh.

1. Mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar SMKJM kerana telah Berjaya melaksanakan minggu pertama persekolahan dengan lancar dan berjalanan dengan licin.

2. Tuan pengetua mengingatkan pada konsep “Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini”. Semua warga SMKJM harus berusaha untuk merialisasikan kejayaan ini.

3. Pelajar SMKJM digalakan dan harus mempertingkatkan usaha untuk menghayati dan mengamalkan Misi dan Visi sekolah barulah kejayaan dan kecemerlangan akan kita nikmati bersama.

4. Usaha-usaha untuk menceriakan kelas perlu dilakukan dengan bersungguh dan dipertingkatkan. Sentiasa merancang dengan sistematik , kerja bertangguh akan menjadi budaya sekiranya terus diamalkan akhirnya kita akan terus ketinggalan.

5. Bertindak dengan segera apabila mendapat arahan termasuk dalam menyiapkan kerja dan tugasan yang diberikan oleh guru.

6. Aktiviti kokurikulum Sabtu ke dua dan keempat hanya 2 kali sebulan. Pelajar perlu hadir untuk mendapatkan markah koko.

7. Aktiviti dan kegiatan diluar waktu dan hari yang ditetapkan perlu mendapat kebenaran Penolong Kanan Kokurikulum dan perlu didaftarkan dan mengikut peraturan untuk mengelakan masalah lain dibelakang hari.

8. Latihan rumah sukan murid perlu menghadirkan diri untuk merialisasikan satu murid satu sukan.Hanya satu kali sahaja seminggu ini adalah disebabkan Sukan Tahunan di bawa ke bulan Jun atau Julai 2011.

9. Satu jawatankuasa khas “ Satu murid satu sukan “ ditubuhkan bagi memainkan peranannya bagi menjayakan dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar harus berpakaian yang sesuai ketika waktu PJK.

10. Cuti Tahun baru selama satu mingu, Pelajar diharapkan tidak melupakan pembelajaran mereka.

Cuti ganti Tahun Baru Cina

Berikut adalah cuti ganti Tahun Baru Cina

1) 31.1.2011 (Isnin) - Cuti Berganti (diganti pada 22.1.2011-Sabtu)



2) 1.2.2011 (Selasa) - Cuti Berganti (diganti pada 19.2.2011-Sabtu)


3) 2.2.2011 (Rabu) -Cuti Berganti (Tidak perlu ganti)

Selamat Datang 2011



Salam,
Alahamdulilah bersyukur kehadarat Illahi, walaupun dengn seribu kepayahan mengharungi detik-detik perpisahan 26 November 2011, Perjalanan perpindahan Pusat Sumber Sekolah SMKJM ke bangunan yang baru telah selesai dilaksanakan. Hampir sebulan bertungkus - lumus mengikat buku-buku yang jumlahnya menjangkau 25 ribu buah, memindahkannya ke bangunan baru, mengangkut perabut-perabut yang maha berat, mesin photostat,peti sejuk dan segala-galanya ke bangunan baru di tingkat 4. Hati menjadi tak sabar untuk menyiapkan secepat mungkin, Berpeluh jangan dikira, membuat pelan kedudukan, Menggantung papan kenyataan dan pelbagai kerja rutin yang lain. Syukur segalanya hampir telah selesai. Cuma tinggal melekatkan beberapa signboard lagi. Insyaalah minggu pertama ni PSS boleh berfungsi, Hati ini, merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Zuraidah Atan pembantu PSS, Pn. Nurul Huda Penyelaras PSS, Pn. Iada Penyelaras Bilik Tayangan , Pn.Nor Azizah, En. Jasni dan kakitangan makmal, En. Nazri dan pekerja-pekerja swasta, Pasukan Pengakap , Pasukan Bulan Sabit Merah yang sama-sama terlibat memindahkan Pusat Sumber Sekolah ke bangunan yang baru. Terima kasih tuan puan budi baik hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.