SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Kem Membaca 1 Malaysia SMK.Jalan Mengkibol,Kluang,Johor.






Program Membaca 1Malaysia 2010, Peringkat Sekolah

Sempena Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 (KM1M2010) dan READ2010

(Peringkat Kebangsaan)


Tarikh Pelaksanaan: 8 November hingga 15 November 2010

1. Pendahuluan.

Kem Membaca 1 Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang dicadangkan dan akan dilaksanakan serentak di seluruh Negara mulai 8 hingga 12 November 2010. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia dan Scholastic READ2010. Usaha ini dilakukan untuk mencipta nama di “Malaysia Book of Records”. SMK.Jalan Mengkibol dan SMK Bandar T.6 sahaja yang mewakili Daerah Kluang.

Program ini. akan dijalankan secara serentak seluruh Malaysia tepat jam 9.30 pagi pada 8 November 2010. Ianya melibatkan seramai 120 pelajar dari SMK. Jalan Mengkibol, 350 ribu pelajar dan 1000 buah sekolah di seluruh Negara. Selain dari itu, pelbagai program juga disusun untuk mengalakkan pelajar membaca dan menggunakan pusat sumber sekolah dan seterusnya menggalakan peningkatkan pencapaian pogram NILAM di sekolah.


Rasional

1. Program NILAM adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membina tabiat membaca seterusnya mewujudkan tabiat membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini, selaras dengan pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan program NILAM dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.

1. Berdasarkan analisa program NILA M 2009, Kadar bacaan murid telah meningkat, iaitu sekolah rendah 20 buah buku setiap murid dan sekolah menengah 10 buah buku setiap murid.

2. Menyokong KPI Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 100% murid normal mencapai kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun sekolah rendah menjelang tahun 2012.

Objektif


1. Mencipta nama sekolah di dalam “Malaysian Book of Records”.

2. Mengerakkan program aktiviti galakan membaca di peringkat sekolah.

3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga sepanjang hayat).

4. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan .

5. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.






1 comments:

manggis said...

sala sejahtera semua, sy suhaini ingin mencari tarian zapin pelajar sekolah bagi majlis perkahwinan di klaung Johor. Mohon berikan pencerahan dmelalui email ms.suhaini@gmail.com

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.