SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

PELANTIKAN PENGAWAS SMKJM 2010





Majlis pelantikan pengawas SMKJM 2010 telah diadakan di dataran perhimpunan SMKJM pada 18 Januari 2010. Semua pengawas sesi pagi dan petang telah hadir kemajlis tersebut untuk menerima watikah lantikan dan membaca ikrar pengawas. Majlis telah disempurnakan oleh tuan pengetua En. Yew kok Leh dengan jaya. Adalah diharapkan dengan pelantikan secara rasmi ini akan menyuntik semangat para pengawas untuk bergiat aktif melaksanakan tugas dengan bersungguh disamping menjadi role model kepada pelajar-pelajar yang lain. Tahniah kepada cikgu Zulnaidi kerana buat kesekian kalinya mengaturkan satu majlis yang berjalan dengan lancar dan meriah.

Mesyuarat PKPSM Daerah Kluang 2010







Mesyuarat PKPSM daerah Kluang telah diadakan pada 14 Januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKJM Jalan Mengkibol. telah dihadiri oleh semua pengetua-pengetua daerah Kluang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Shaharuddin bin Sharif Pegawai Pelajaran daerah Kluang, Johor.

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM PERTAMA SMKJM 2010







Perhimpunan Kokurikulum pertama SMKJM telah diadakan pada 9 januari 2010. pelajar berkumpulan di gelanggang terbuka SMKJM. menyayikan lagu Negaraku, Negeri Johor dan Lagu Sekolah dan kemudian perjumpaan unit badan uniform di mulakan jan 8.30 pagi Unit badan Beruniform. Manakala pada jam 10.30 pagi, unti persatuan dan permainan telaah diadakan.

ANUGERAH PERFECT SCORE SMKJM


Seramai 27 orang telah menerima anugerah Perfect Score SMKJM pertama kali untuk tahun 2010. Anugerah ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua En. Yew Kok Leh semasa perhimpunan sekolah pada 11 Januari 2010. Semoga dengan anugerah tersebut akan mencemerlangankan lagi pelajar yang terlibat dan menjadi dorongan kepada pelajar - pelajar yang lain.

Wira-Wira SMKJM (Perfect Score)

Terima Kasih Cikgu Hajah Haslinda




Salam,

Semua warga SMKJM mengucapkan terima kasih dan selamat bertugas di tempat baru kepada Cikgu Hajah Haslinda binti Haji Mutalib bermula pada 4 Januari 2010. Semoa jasa dan bakti cikgu di SMKJM diberikan ganjaran oleh Allah jua.

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.