SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

SMK JALAN MENGKIBOL KLUANG SIARAN PENGETUA

SMK JALAN MENGKIBOL KLUANG

SIARAN PENGETUA 1 / 2011 (FEB 2011)

VISI : SJM Sekolah Idaman Masyarakat Kluang

MISI : SJM Mampu Membina Upaya Modal Insan yang Berdaya Saing Global

Beberapa Perkara Penting SPI 16/2010 (1M1S)

2.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah WAJIB didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;

2.2 Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan;

2.3 Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutamakan keselamatan murid;

2.4 Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah;

2.5 Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun seperti yang disarankan dalam surat siaran bertarikh 14 Januari 2010;

2.6 Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran yang berkaitan hendaklah dibaca bersama dalam pelaksanaan Dasar 1M1S ini.

Petikan Lampiran A

1.0 Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...... Aktiviti sukan di bawah ’Sukan Untuk Semua’ adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid..... penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.

2.0 MATLAMAT

Dasar 1M1S berhasrat untuk,

2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

3.0 OBJEKTIF

Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.

3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.

3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.

3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

4.0 KONSEP

4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

7.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

7.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

7.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukantara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

7.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

8.0 PENILAIAN

8.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

Kehadiran;

Jawatan serta Sumbangan;

Penglibatan; dan

Pencapaian.

Pelaksanaan 1M1S di SJM: Selain daripada mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah, penglibatan yang giat dalam aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan masalah sosial seperti ketagihan permainan elektronik, media sosial, pemainan online, lepak, gangsterisme, kurang pergaulan secara berkumpulan dan gejala ‘badan lemah-otak lesu’. Oleh itu pelaksanaan di sekolah bukan semata-matanya untuk memenuhi keperluan satu dasar yang diwajibkan oleh kementerian tetapi dilihat dari segi usaha yang dapat membantu mengurangkan masalah-masalah remaja seperti dinyatakan di atas melalui komitmen dalam perlaksanaan yang sistematik dan terancang.

Memandangkan sekolah kita mempunyai enrolmen yang besar dan dengan kemudahan fizikal yang terhad, pelaksanaan 1M1S akan berjaya jika kita berusaha dengan komitmen yang tinggi. Beberapa perkara yang berikut harus dipertimbangkan. Selain daripada itu, nilai-nilai tambah dan kreativiti guru-guru pasti akan mendatangkan kesan positif yang dihasratkan.

· Rancang dan laksanakan program-program yang teratur dan berjadual waktu latihan sukan/permainan mingguan supaya menjadi lebih menarik untuk meningkatkan kehadiran murid-murid.

· Sediakan alatan yang cukup dan aturkan murid-murid mengikut pemainan yang mereka pilih. Libatkan AJK dalam peminjaman dan pemulangan alatan. Dapatkan bantuan daripada S/U Sukan dan Ketua Panitia PJK berkenaan alatan sukan.

Maklumkan kepada murid-murid dengan lebih awal. Adakan kempen publisiti, galakan, persaingan untuk datang beramai-ramai. Jika ada murid yang

mempunyai masalah yang sebenar, fikirkan alternatif.

· Dapatkan bantuan dan nasihat daripada Pengurus Rumah tentang cara menggalakkan lebih ramai penyertaan, cara mengurus aktiviti dan perkara yang lain yang dapat membantu rumah sukan masing-masing. Hadiah dalam bentuk hamper atau jenis lain boleh dibeli untuk kedatangan terbaik jika ada perancangan dan permintaan dari pihak guru-guru dan Pengurus Rumah.

· Sentiasa bekerjasama dengan Penyelaras 1M1S untuk rekod-rekod permainan/latihan/pertandingan supaya murid-murid memperoleh markah penglibatan yang akan membantu mereka pada masa depan.

· Maksimakan bilangan jenis permainan supaya lebih ramai murid berpeluang untuk bermain. Jangan hadkan kepada 2, 3 atau 4 permainan sahaja. Tiada dasar seperti ini di sekolah. Cuba gunakan ruang yang ada dengan sepenuhnya---dari gelanggang futsal ke padang ke gelanggang gemilang ke Pusat Kokurikulum (ping pong).

· Tiang bola jaring boleh dipasangkan di hujung padang dan gelanggang pentanq boleh dipulihkan untuk menambahkan kemudahan permainan



0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.