SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Majlis Persaraan En. Ng Cher Luang

SELAMAT BERSARA
















Majlis Persaraan En Ng Cher Luang SMKJM
Guru Penolong Kanan KoKurikulum (1993-2011)
Tempat : Dataran Kejat (7.30-9.00 pagi)

Aturcara Majlis

- Ucapan Perpisahan dan hadiah
-Perasmian 1 Murid satu Sukan

Bilik R & I SMKJM (9,15-9.45 pagi)
- Perasmian Pusat R & I SMKJM

Temuramah majalah Mutiara/Sidang ridaksi (10.30 pagi)
-Bilik Pengetua

Persembahan Murid di Dewan SMKJM (11.20 pagi)
-Persembahan pancaragam
-Persembahan koir
-kalungan selempang
-Penyerahan sijil dan Fail Kokurikulum.

Majlis Penutup di dataran Kejat dan Arena Budaya SMKJM 12.50 tengahari
- Kawad formasi
-Persembahan silat
- "Punch" waktu tamat kerja.
- Perbarisan perpisahan.


Bah Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir
Tiba juga kiranya di muara waktu
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu
Pada jejak yang lalu,seribu liku

Berdiri melihat denai-denai kenangan
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan
Barangkali tidak akan terdengar nanti
Suara bisikan melankolik
Ucap sejahtera kami anak-anak remaja

Tiba waktunya untuk menyusun jemari
Tegur sapa dan senyum tawa rakan sekerja
Membuang segala kerikil bersalut di hati
Yang terkhilaf dimaafi
Yang sesal diinsafi
Yang lebih dibahagi
Yang kurang dilengkapi
Agar saat perpisahan ini indah
Terlerai segala durja gundah
Tersina cebisan amarah
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir
Tiba jua dimuara waktu
Pasti tersisa kenangan yang terindah
Berhias luka yang berdarah
Kesementaran waktu mengutus seribu bambu
Kerana sekali dipangil guru
Selamanya bergelar guru

Selamat tinggal suara-suara ceria
Selamat tinggal dataran kejat tempat berhimpun
Selamat tinggal taman wawasan tapak membina insan
Bilik Koko tempat aku berdiri teguh.


Pn. Maharian bin Abdul Majid
SMKJM Febuari 2011

0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.