SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Perkhemahan bersepadu dan perpaduan 2010





Perkhemahan bersepadu dan perpaduan 2010
Tarikh : 9 & 10 April 2010
Tempat : Taman Wawasan SMK Jalan Mengkibol

Objektif Program

1. Memupuk daya kepimpinan dalam kalangan murid pelbagai kaum
2. Membina nilai-nilai bekerjsama,toleransi dan setiakawan melalui aktiviti interaksi antara kaum yang dirancangkan.
3. Meningkatkan pengetahuan murid - murid tentang kepentingan perkhemahan perpaduan antara pelbagai kaum
4. Berinteraksi dengan rakan pelbagai kaum secara sopan
5. Memupuk sikap bekerjasama murid-murid dalam satu pasukan yang melibatkan pelbagai kaum.

Salam,
Tahniah diucapkan kepada penyelaras perkhemahan 2010 cik Hajah Khalidah bte Khalid dengan pasukanya yang bersungguh-sungguh menjayakan perkhemahan perpaduan kali ini. Walaupun pada hari pertama diselubungi hujan yang maha lebat namun ianya ttidak mematahkan semangat guru-guru dan pelajar-pelajar terlibat.
Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa serta mendalami pengetahuan sejarah disamping menjadikan perpaduan sebagai agenda utama. Ianya amat penting memandangkan sekolah ini terdiri dari pelbagai kaum yang rationya tidak seimbang. Usaha-usaha terancang dan murni amat dihargai. Terima kasih kepada Kem Kom Cikgu Hafiz dan rakan-rakan pelatih dari UPSI yang bersama-sama menjayakan kem perpaduan SMK Jalan Mengkibol 2010. Tahniah.

0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.