SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Karnival Zapin Daerah Kluang 2010




Salam,

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Zapin Seri Gemalai SMK Jalan Mengkibol kerana telah berjaya menjadi Naib Johan Karnival Zapin Daerah Kluang 2010 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Simpang Renggam. Karnival yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Budaya Johor. Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang berlangsung dengan meriah pada 24 April 2010.
Apa yang membanggakan pasukan SMK Jalan Mengkibol satu-satunya pasukan yang turut disertai oleh dua pelajar berketurunan Cina, Dua orang pelajar beketurunan India dan enam orang pelajar berketurunan Melayu. Ianya bukan sahaja mendapat tepukan yang gemuruh dari semua penonton malah menjadi sebutan perasmi program tersebut Tn. Hj Sunaini bin Sailan yang mewakili Pegawai Pelajaran daerah Kluang. Akhir sekali syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada jurulatih sekolah Cik Norhayati Md Razan yang bersungguh-sungguh tanpa jemu melatih pasukan sekolah kita. Kepada ibu bapa yang hadir sama menyokong penglibatan anak-anak mereka terima kasih atas sokongan tuan puan.

0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.