SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

KURSUS PENGURUSAN PSS



KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK. JALAN MENGKIBOL, 86000 KLUANG, JOHOR.
1.0       Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah perlu mempunyai barisan pengurusan yang berkemahiran, efektif dan berwawasan. Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah  dirancang untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh, terkini dan sistematik kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah selaras dengan visi sekolah untuk menjadikan Pusat Sumber SMK Jalan Mengkibol Pusat Sumber Cemerlang dengan berkeupayaan membangunkan minda cemerlang melalui kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran.
2.0       Rasional
2.1 Kebanyakan Pengawas Pusat Sumber Sekolah tidak mempunyai kursus asas dan pengetahuan yang menyeluruh mengenai pengurusan sebuah pusat sumber secara professional. Pengetahuan pengurusan pusat sumber ini akan membantu Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka di pusat sumber sekolah serta dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab di PSS dengan lebih terarah, cekap dan berkesan.
2.2 Selaras dengan pembangunan modal insan ( PIPP: Teras 2), kursus ini seharusnya mampu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan Pengawas Pusat Sumber .
3.0       Objektif  

3.1       Memberi pengetahuan dan kemahiran mengurus pusat sumber sekolah secara sistematik
           dan Professional kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
3.2      Melahirkan Pengawas Pusat Sumber yang berketrampilan, komited dan berdedikasi dalam  tugas.
3.3      Melatih Pengawas Pusat Sumber yang celik IT bagi meningkatkan pengurusan  Pusat Sumber
           Sekolah. 
 3.4     Menggalakkan penggunaan pusat sumber dan bilik akses sebagai satu gerbang ilmu  
           yang tidak  terbatas.
 3.5      Mewujudkan budaya mesra pelajar di kalangan Pengawas Pusat Sumber.
4.0       Jangkamasa  :  1 hari
            Tarikh   :  23  Mac 2013 (sabtu)
            Masa     :  8.00am – 5.00pm
            Tempat  :  Perpustakaan SMK Jalan Mengkibol Kluang, Johor





 

0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.