SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Intipati Ucapan Pengetua

Perhimpunan Minggu ke tiga

Tarikh : 17 Januari 2010

Tempat : Dataran Kejat SMKJM

Masa 7.30 pagi – 8.05 pagi

Intipati Ucapan Pengetua En. Yew Kok Leh.

1. Mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar SMKJM kerana telah Berjaya melaksanakan minggu pertama persekolahan dengan lancar dan berjalanan dengan licin.

2. Tuan pengetua mengingatkan pada konsep “Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini”. Semua warga SMKJM harus berusaha untuk merialisasikan kejayaan ini.

3. Pelajar SMKJM digalakan dan harus mempertingkatkan usaha untuk menghayati dan mengamalkan Misi dan Visi sekolah barulah kejayaan dan kecemerlangan akan kita nikmati bersama.

4. Usaha-usaha untuk menceriakan kelas perlu dilakukan dengan bersungguh dan dipertingkatkan. Sentiasa merancang dengan sistematik , kerja bertangguh akan menjadi budaya sekiranya terus diamalkan akhirnya kita akan terus ketinggalan.

5. Bertindak dengan segera apabila mendapat arahan termasuk dalam menyiapkan kerja dan tugasan yang diberikan oleh guru.

6. Aktiviti kokurikulum Sabtu ke dua dan keempat hanya 2 kali sebulan. Pelajar perlu hadir untuk mendapatkan markah koko.

7. Aktiviti dan kegiatan diluar waktu dan hari yang ditetapkan perlu mendapat kebenaran Penolong Kanan Kokurikulum dan perlu didaftarkan dan mengikut peraturan untuk mengelakan masalah lain dibelakang hari.

8. Latihan rumah sukan murid perlu menghadirkan diri untuk merialisasikan satu murid satu sukan.Hanya satu kali sahaja seminggu ini adalah disebabkan Sukan Tahunan di bawa ke bulan Jun atau Julai 2011.

9. Satu jawatankuasa khas “ Satu murid satu sukan “ ditubuhkan bagi memainkan peranannya bagi menjayakan dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar harus berpakaian yang sesuai ketika waktu PJK.

10. Cuti Tahun baru selama satu mingu, Pelajar diharapkan tidak melupakan pembelajaran mereka.

0 comments:

Post a Comment

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.