SEDIKIT HADIAH UNTUK HARI RAYA
Pernah saya singgah di sebuah tempat,
Yang tiada isitlah ‘gagal’ dan sentiasa selamat,
Empat dinding selesa yang saya berada,
Tidak banyak berbeza dengan penjara.
Betapa ingin saya melakukan pelbagai perkara,
Yang tidak pernah saya mencuba,
Tetapi,akhirnya tetap saya kekal di
Melangkah ke depan dan ke belakang
di atas lantai yang sama.
Sering kali saya menyatakan ‘tidak mengapa’,
Kalau tidak saya melakukan banyak perkara,
Pernah saya memberitahu diri saya,
Jangan peduli tentang impian, matlamat dan
seumpamanya.
Kadang kala saya mencipta sebab dan alasan,
Lengkap dengan pelbagai kesibukan dan
kesusahan;
Sebenarnya terbenam dalam sanubari saya,
Ialah sesuatu yang berlainan untuk berjaya.
Kehidupan saya tidak harus dibiarkan berlalu
sebegitu,
Menyaksikan orang lain menang dan menerima
restu;
Dengan tarikan nafas yang panjang saya
melangkah keluar,
Menerima perubahan dengan hati yang
berkobar-kobar.
Selangkah ke depan dengan tenaga baru,
Yang tidak pernah saya merasa dan menghidu;
Kepada tempat itu saya mengucapkan ‘ Selamat
Tinggal,’
Daripada cengkaman yang kini saya tertanggal.
Tempat itu sering diberi gelaran,
Yang tepat dan jitu tetapi tidak diperakukan;
Sangkal-menyangkal tentang kewujudan,
Tempat yang bernama ‘Zon Keselesaan’.
Sajak yang tak macam sajak ini,
Ingin saya berkongsi di sini;
Kalau tak ikut format sebenar,
Harap rakan-rakan beri tunjuk dan ajar.
Sedikit ‘input’ profesional daripada saya,
Sempena cuti sekolah dan Hari Raya;
Semoga hadiah yang istimewa,
Diterima oleh rakan-rakan semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Cahaya silaturahim sentiasa berseri’
Maaf zahir dan batin,
Ucapan ikhlas dengan izin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
En. Yew Kok Leh
Pengetua SMK. Jalan Mengkibol, Kluang, Johor.
2.9.2010
0 comments:
Post a Comment