SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke 2 2010







Program :Kursus Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran , Audit Akademik dan Traning of Trainers
Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : sabtu
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyurat dan PPK SMK Jalan Mengkibol
Penceramah : 1. En. Yew Kok Leh
2. Pn. zaleha binti Hasine
3. En. Mohd Zaki bin Mohamad

Rasional :

Program atau kursus ini dianjurkan adalah untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui guru-guru yang berkualiti selaras dengan pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 iaitu Melonjakkan Kecemrlangan Insitusi Pendidikan (PIPP Teras 6) serta meningkatkan pemantapan latihan perguruan,perluasan kursus dan latihan guru demi memantapkan Profesion Keguruan (PIPP Teras 6)

Objektif :

1. Mengetahui cara untuk membina bahan bantu mengajar dengan betul, pelbagai dan menarik.

2. Menyediakan banhan bantu mengajar yang bersesuaian dan berketepatan atau relevan dengan tajuk dan murid yang diajar.

3. Membugarkan kembali minda guru-guru dalam membina semangat untuk menjadi seorang guru yang sentiasa kreatif dan inovatif semasa menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Melalui Program ini juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jalan Mengkibol, telah memberikan sijil pengharagaan kepada semua guru SMKJM di atas khidmat bakti dan sumbangan meningkatkan pencapaian akademik pelajar SMKJM khususnya dalam peperiksaan PMR dan SPM 2009. Atas tanda terima kasih juga Sarapan pagi telah ditaja oleh En. Yew kok Leh manakala Jamuan makan tengahari telah di taja oleh PIBG. Terima kasih tuan.

Majlis Tahlil , Sembahyang Hajat dan Penutupan Kem Solat 2010






Program :Majlis Tahlil , Sembahyang Hajat dan Penutupan Kem Solat SMK. Jalan Mengkibol. 2010.
Tarikh : 29 Julai 2010
Tempat : Surau Rauddatul Ilmi SMK Jalan Mengkibol.
Massa: 7.00 petang - 10.30 malam.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada panitia Agama islam kerana telah berjaya mengadakan tiga program dalam satu majlis dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa. Majlis ini juga diadakan sempena ketibaan bulan Ramadhan. Kehadiran tuan pengetua En. Yew Kok Leh, En. Ng Cher Luang dan En. Yew Puay Huat bersama-sama ke majlis ini, telah menunjukan sokongan padu pihak pentadbir dalam memastikan kejayaan anak-anak didik di SMK. Jalan Mengkibol. Kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir terima kasih di atas sokongan tuan-puan, mudah-mudahan anak-anak kita akana berjaya di dalam peperiksaan PMR dan SPM 2010.

Lawatan Ke Cameron Highlands





Salam,

Program Lawatan Sambil belajar ke Cameron Highlands
Tarikh 23,24, 25 Julai 2010
Anjuran : Koperasi dan Kelab Sains Pertanian SMK Jalan Mengkibol.

Tema: Pertanian Itu Satu Perniagaan

Satu lawatan sambil bejar telah diadakan oleh Koperasi dan Kelab Sains Pertanian ke Cameron Highland. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru telah bersama-sama mengikuti lawatan tersebut. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan proses perniagaan yang melibatkan hasil-hasil pertanian terutamanya teh , sayur-sayuran dan buah-buahan. Dibawa mengunjungi Ladang Teh barat,ke Pusat Penyelidikan MARDI, Ladang-ladang strawberry dan lebah. Hasilan dari lawatan ini pelajar mengetahui bahawa hasil pertanian itu boleh dikomersialkan dan di edarkan ke seluruh negara. Manakala MARDI pula, menyediakan pelbagai kemudahan penyelidikan, bijih benih,kaedah-kaedah tanaman, pembunkusan pembajaan dan seumpamanya. Terima kasih kepada En. Ahmad Khusaini, En. Zulnaidi, En. Mohd Helmie, En . Razib, Cik Norhayati dan semua pelajar yang mengikut lawatan ini. Syabas!

Program tautan Kasih 2010




Tarikh: 23 Julai 2010
Masa :7.45 - 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang.
Ceramah Motivasi : En. Yew Kok Leh (Pengetua Cemerlang SMKJM)

Pendahuluan
1.0 Guru memainkan peranan penting untuk memupuk potensi individu dalam pelbagai bidang. Justeru hubungan yang rapat anatara guru dengan pelajar yang cemerlang dari segi menjayakan Falsafah Pendidikan Negara itaitu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial. Guru dianggap sebagai ibu bapa kedua oleh pelajar. Sehubungan dengan itu Panitia Bahasa Melayu smkjm mengambil keputusan untuk menganjurkan Program Tautan Kasih sebagai suatu usaha guru membimbing, mendidik secara intensif bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

2.0 Rasional

2.1 Menjayakan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi:
Menjana Modal Insan dan Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.

3.0 Objektif
3.1 Guru-guru dapat membimbing dsn memberi tunjuk ajar secara lebih intensif agar
pelajar lulus Bahasa Melayu pada peringkat SPM.
3.2 Merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar bagi memudahkan pelajar menerima
bantuan dan bimbingan intensif daripada guru bagi meningkatkan pencapaian bahasa
Melayu.
3.3 Memotivasikan pelajar untuk berusaha lebih gigih supaya lulus dalam peperiksaan
3.4 Meningkatkan kuantitit dan kualiti pencapaian bahasa Melayu dalam peperiksaan
SPM.

4.0 Jangkamasa : Julai - November 2010

4.1 Sasaran

35 Pelajar "Near Miss"
43 pelajar "Galus"

Majlis Perpisahan Puan Ziana binti Adan






Salam,

Majlis Perpisahan Puan Ziana bte Adan telah diadakan pada 22 Julai 2010 di Bilik Mesyuarat SMK Jalan Mengkibol, Kluang. jam 11.00 pagi. Bagi pihak warga SMK Jalan Mengkibol, Kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.

Tuai padi antara masak
Jangan esok layu-layuan
Intai Kami antara nampak
Jangan esok rindu-rinduan

Sirih pinang dicelah pohon
Pohon subur di tepi kali
Besar bakti budimu puan
Tak terbalas sehingga mati

Menghunus keris Sang Laksamana
Keris bertatah intan berlian
Walau jauh diri berkelana
SJM tetap dalam ingatan.

Terima kasih atas segala budimu puan, mudah-mudahan SMK Jalan Mengkibol ini memberikan seribu kenangan manis . Mohon ribuan kemaafan jika ada kesalahan tutur kata dan bahasa dari kami warga SMK Jalan Mengkibol.

7 Langkah belajar lebih efektif

1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.


2.Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.


3.Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.


5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.


6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.
7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.


SMKJM Johan Pertandingan Kereta Solar 2010




Festival Sains Kluang 2010
Pertandingan kereta Solar
Tempat : SM. Sains Johor
Tarikh : 3/7/2010


Nama Pelajar
1. Wong Jun Feng 3 K 1
2. Lim Yi Liang 3 K 1
3. Ng Jun Hong 3 K 1

Salam,

Warga SMKJM mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mewakili SMKJM ke Festival Sains Daerah Kluang kerana mendapat Johan dalam pertandingan kereta solar.

Majlis Perasmian Pintu Utama Sekolah dan Hari Gerko















Majlis Perasmian Pintu Utama Sekolah dan Hari Gerko
SMK. Jalan Mengkibol, Kluang, Johor.
Tarikh: 10 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 1.30 petang
Dirasmikan oleh:
Yang Berhormat Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Merangkap Ahli Parlimen Kluang.

Objektif Program

1. Dapat melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran perniagaan dan pengurusan organisasi
2. Dapat membina penampilan diri yang positif dikalangan murid dengan memupuk kerjasama dan kesetiaan melalui aktiviti yang dijalankan seterusnya merealisasikan hasrat serta matlamat 1 Malaysia.
3. Mewujudkan hubungan dua hala antara ibubapa dan guru bagi meningkatkan kecemerlangan akademik murid serta ke arah melahirkan murid cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4. Mewujudkan kemudahan prasarana sekolah yang kondusif dan selamat.

Salam,
Warga SMKJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Merangkap Ahli Parlimen Kluang. Tn. Hj. Shahruddin bin Hj. Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Yang Dipertua PIBG dan Ahli Jawatankuasanya kerana sudi hadir bersama-sama di majlis perasmian Pintu Utama dan Hari Kokurikulum SMK. Jalan Mengkibol 2010 yang disambut meriah oleh para pelajar dan juga ibu bapa. Sikap kerjasama dan kepimpinan dalam meralisasikan pengetahuan dibilik darjah dengan amalan perniagaan secara langsung dapat mendidik dan mengukuhkan jati diri pelajar itu sendiri. Kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan hari Koko ini, khususnya Cik Hajah Khalidah bte Khalid , penyelaras Hari Kokurikulum syabas diucapkan. Sesungguhnya usaha yang baik bermula dari pemikiran yang hebat. Tahniah kerana bersama mengangkat kecemerlangan SMK Jalan Mengkibol.

Hari Terbuka Peperiksaan Setengah Tahun 2010







Program : Hari Terbuka SMK Jalan Mengkibol
Tarikh : 9 Julai 2010
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tenghari
Salam,

Seawal jam 7.00 pagi lagi ibu bapa pelajar sesi pagi dan petang telah berpusu-pusu hadir ke SMK Jalan Mengkibol membawa anak masing-masing untuk berjunpa dengan guru kelas masing-masing. Selain untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anak masing-masing, ibu bapa juga berpeluang untuk berbincang dan mendapatkan maklumat mengenai perkembangan akademik serta sahsiah anak masing-masing. Warga SMK Jalan Mengkibol merakamkan ucapan ribuaan terima kasih kepada para ibu bapa yang cakna dan memberikan kerjasama dan sokongan demi kemajuan pendidikan anak-anak. Syabas dan tahniah kerana menjadi ibu bapa yang perihatin. Mudah-mudahan anak-anak tuan - puan akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akan datang. Kepada semua guru yang bertungkus lumus menyiapkan markah- markah peperiksaan dan adap pelajar serta setia, sabar dan bersungguh-sungguh menungggu kehadiran ibu bapa, pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Sesungguhnya komitment tuan-puan bersama-sama memacu kecemerlangan SMK Jalan Mengkibol amat-amat dihargai.

MENGANJAK KE KANAN

MENGANJAK KE KANAN OLEH EN YEW KOK LEH.

PENGETUA CEMERLANG SMK. JALAN MENGKIBOL


Salam,

Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang, merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian En. Yew Kok Leh Pengetua Cemerlang SMK Jalan Mengkibol yang telah memberikan ceramah kepada guru cemerlang yang hadir ke Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor 2010. Sesungguhnya " Anjakkan Ke Kanan" telah menjadi sebutan dan amat popular di kalangan Guru Cemerlang Negeri Johor. Kami turut berbangga mempunyai kepimpinan cemerlang seperti tuan. Syabas.


TARIKH : 1 Julai 2010

TEMPAT : Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor.

Audien : Ahli Majlis Guru Cemerlang seluruh Negeri Johor.


Anjak Ke Kanan

Fokus Anjakkan


1. Kemahiran ICT

2. Kepimpinan

3. Pedadogi

4.Kreativiti dan Inovasi


Bahan boleh di uploadkan disini Sumber

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.