SELAMAT HARI GURU
2012
BERBURU ke
padang datar
Dapat rusa
belang kaki
Berguru
kepala ajar
Ibarat
bunga kembang tak jadi
(dedikasi
kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah
pemberi paling setia
Tiap akar
ilmu miliknya
Pelita dan
lampu segala
Untuk
manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu
dialah bapa juga sahabat
Alur
kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin
yang ditauliahkan segala umat
Seribu
tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari
ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari
ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari
ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari
ini seorang ulama yang mulia
Jika hari
ini seorang peguam menang bicara
Jika hari
ini seorang penulis terkemuka
Jika hari
ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya
dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan
lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di
mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah
sekolah mewah di Ibu Kota
Di
bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah
guru mewakili seribu buku;
Semakin
terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin
bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah
apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang
diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan
keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi
kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979