SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU
Stand Up For The Champions
SPM 2012
PMR 2012
Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru
Kursus Kepimpinan PRS 2011
Tarikh : 25 April 2011
Masa : 2.00-5.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Sri Andalas.
Anjuran :
Unit Bimbingan dan kaunseling SMKJM.
Objektif:
1.Memberi motivasi dan keyakinankepada PRS agar menjalankan tugas dengan cemerlang.
2. Memberikan pengetahuan bidang tugas PRS di sekolah.
3. Menghargai dan memberi penghargaan kepada PRS yang beertungkuslumus berkhidmat di
sekolah.
Wira dan Wirawati SJM
Tarikh: 25 April 2010
Tempat : Dataran Perhimpunan
Hari : Isnin
Masa: 7.30=8.20 pagi
Aktiviti Bulan Bahasa dan Penyampaian Hadiah kepada pelajar
1. Kejohanan Silat Seni Daerah Kluang,
Tempat : Kuang Mall
Tarikh : 19 dan 20 April
Kategori Puteri
1. Silat Seni tari
Erra Nadiah binti Sazali (5VK2)
2. Silat tempur
Tempat ketiga
Nuraziemah bt Adnan (3 T1)
Siti Nur Fadhilah bt Abd. Rahman (3S3)
3. Seni jurus silat
Tempat ketiga
Nuraziemah bt adnan (3 T1)
Siti Nur Fadhilah bt Abd. Rahman (3S3)
Nurul fatin Shazwani bt Mohd Khairi (1s2)
Nur Assimah bt. Azman (2S2)
Kategori Putera
1. Seni Tari Silat
Muhammad Kamarullah b.Lukman
2. Seni tempur silat
Tempat kedua
Muhamad Asyraf b. Zaini (2RS)
Muhamad Faris Afiq b. Abdul Taib (2RS)
3. Jurus Wajib
Johan
Raja Muhammad Hafiz b. Raja Abdul Rahman (3T1)
Mohamad Fariz b. Omar (3T4)
Mohammad Najib b. Mohamad Azmi (3S2)
4. Gendang silat
Tempat kedua
Hanif Mohd Hairon
Che Mohd Zarid amirul bin Che Kob
Mohd Shukri bin damanhuri
Mohamad Salehin bin Mohamad
Mohamad Saleem b. Jamal Mohamed
Perserta Karnival Himpunan Sejuta Belia Pra Pelancaran Peringkat negeri Johor .
Tarikh : 9 April 2011
1. Murfarahin binti Shaban (3 RT)
2. Siti Nursyafiqah bt. Ahmad (3RT)
Karnival Bahasa Tamil Daerah Kluang
Tarikh: 16 April 2011
Perbahasaan (Kedua)
Asuvini Batumalai Andi
Punitha Subramaniam
Suganthi Nadarajah Chetty
Vijayabarathi Sellapan
Kuiz tatabahasa dan sastera
Johan- Mohanakrishnan Pannirselvam
Ketiga - Kalaiselvan Muthamilan
Mendeklamasi sajak
Johan _ Nayanthini
Kolaborasi Pusat Sumber Sekolah dan Bulan Bahasa
Kolaborasi Pusat Sumber Sekolah dan Bulan Bahasa
Tarikh 17 April 2001
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi hingga 7.30 malam
Tempat : Dang Mall Johor Baharu
Program :" S.P.E.L.L I.T. R.I.G.H.T C.H.A.L.E.N.G.E" anjuran akhbar "NST" peringkat negeri Johor.
Sempena pelancaran Bulan Bahasa SMKJM 2011. Pusat Sumber sekolah telah menghantar 10 orang peserta ke pertandingan "Spell it right". Pelajar-pelajar telah dilatih oleh guru-guru Panitia Bahasa Inggeris SMKJM. Seramai 250 orang pelajar seluruh negeri johor telah menyertau pertandingan ini. Penyertaan ulung ini merupakan satu proses pembelajaran yang amat bermakna kepada para pelajar kerana mereka terdedah dengan pertandingan yang begitu sengit serta tahu bagaimana dan cara ianya dijalankan. Mudah-mudahan pendedahan kali pertama ini akan memberikan maklumat dan pengetahuan untuk bersedia pada tahuan hadapan.
Selamat Bersara Tuan
Kempen Anti Ketagihan Internet SMKJM 2011
Ke arah gaya hidup sihat.
Salam,
Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.
Dalam kehidupan insan, usia 15 tahun bak suatu permulaan mentah ke arah kedewasaan. Pada usia ini, seseorang masih tidak dibenarkn berumah tangga atu mengambil lesen memandu.
Namun begitu, tempoh ini merupakan tanda kematangan Internet telah mengubah tamadun manusia – daripada anak sehinggalah karyawan. Dari sudut kekeluargaan, warkah elektronik atau emel merupakan jambatan komunikasi yang mudah lagi murah. Tidak dinafikan, Internet telah sebati dengan budaya kemanusiaan pascamoden merentasi sempadan politik. Internet juga menyajikan blog sebagai warkah fikiran di alam siber. Technorati, sebuah pemantau Internet, merekodkan 112.8 juta blog di dunia. Lebih menarik lagi, 1.6 juta blog dikemaskini setiap hari dan ini bererti 18 blog diperbaiki pada setiap saat.
Blog remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskini. Blog politik terus menjadi wadah minda yang penting sebagai nafas politik siber. Dalam tempoh 15 tahun, ICQ (Instant Messaging Computer Programme) muncul sebagai teknologi Internet pada akhir kurun ke-20.
ICQ diperkenalkan pada 1996 dan menjadi milik Amerika Syarikat pada 1998 dengan harga $407 juta. Semenjak awal kurun ke-21, anak muda terus terpesona dengan sistem sembang ICQ. Dari sudut psikologi sosial, ibu bapa pada mulanya menanggap perbuatan anak mengunakan komputer itu amalan baik kerana sekurang-kurangnya anak mereka sedang berjinak-jinak dengan teknologi.
Lazimnya, setiap yang baik ada pula lawan buruknya. Pengguna Internet mula terdedah kepada ancaman termasuk ketagihan permainan komputer, ketagihan bilik sembang, ketagihan lelaman lucah dan urus niaga secara kredit. Sebagai contoh, laporan agensi berita BBC menyatakan bahawa seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah maut selepas bermain permainan komputer yang bernama Starcraft selama 50 jam di kafè Internet. Dia dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.
Yang jelas, budaya Internet baru ini merampas komunikasi bersemuka. Anak muda asyik dengan skrin komputer tetapi terus kekok menyantuni anggota keluarga dan sahabat. Blog seorang pelajar lelaki tempatan mendedahkan dia sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Ketika kecil, ibunya menghalangnya bermain di luar rumah agar dia terus belajar. Akhirnya dia ketagihan permainan komputer sehingga tidak berminat untuk menghabiskan kerja sekolah. Dia membayar pelajar sekelasnya untuk membuat kerja sekolah. Anehnya, pelajar ini bukan bebal kerana apabila kawannya sukar membuat soalan matematik sekolah, dia dapat menyelesaikannya dengan cepat.
Seorang remaja lelaki pula telah mencari jaguh permainan komputer untuk membeli status pemain. Blognya mendedahkan bahawa $200 dibayar untuk status baru dalam permainan komputer. Penjualnya menggunakan kata laluan baru di komputer riba secara sulit pada waktu malam. Selepas menukarkan kod permainan, remaja lelaki ini menjadi ketua permainan komputer yang disegani di Internet dalam masa sekelip mata.
Budaya Internet juga menyelinap ke dalam industri filem, termasuk hiburan bersifat cerita, bernyanyi, berjoget dan berlawak. Dengan ini, suatu takrifan baru tentang pergaulan semuka manusia berasaskan teknologi Internet muncul.
Dengan lautan maklumat yang tidak terbatas, Internet menjanjikan kepuasan maksimum. Hubungan remaja dan teknologi akan terus erat di alam globalisasi. Namun, nilai kemanusiaan dan budaya hidup akan jadi taruhan jika pengguna, terutama ibu bapa, guru dan pihak berkuasa, tidak berwaspada.
Senyum Sokmo
Tanda anda kemaruk internet
1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.
2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”
3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.
5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?
6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.
8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.
9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.
11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com
12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”
13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.
14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.
15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.
16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Sukantara 2011
Sukantara 2011
Tarikh : 18 & 19 aPRIL 2011 ( Sesi pertama)
Masa: 3.30 hingga 6 petang ( Untuk pelajar sesi pagi)
7.30-9.00 pagi ( untuk pelajar sesi petang)
Tempat : Padang SMK. Jalan Mengkibol.
Tarikh 23 April 2011 ( Sesi kedua)
Hari : sabtu
Masa: 7.30 hingga 10.00 pagi untuk pelajar sesi pagi
4.00 hingga 6.00 petang ( untuk pelajar sesi petang)
Tempat : Padang SMK. Jalan Mengkibol.
Lawatan Bersejarah Ke Pusat Sumber SMKJM
Salam,
Pada 12 April 2011,Pusat Sumber Sekolah telah dikejutkan oleh satu lawatan dari Universiti Ming Chuan Taiwan. Lawatan diketuai oleh Profesor Dr. Lin Pin Chang, Dr. Kuang Hua Liu dan Dr. Po-Tsang Chen. Mereka telah melawati Pusat Sumber Sekolah dan beberapa tempat di SMK JM seperti bilik R & I, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Mesyuarat dan persekitaran sekolah. Terima kasih kerana sudi mengungjungi Pusat Sumber Sekolah dan SMK.Jalan Mengkibol, Kluang.
Bulan Bahasa SMKJM 2011
Pelancaran Program Koordinasi Panitia Bahasa Melayudan Panitia Bahasa Inggeris
Sempena Bulan Bahasa 2011.
Tarikh : 4 April 2011
Tempat : Dataran Kejat
Perasmian : En. Yew Kok Leh
Objektif
1. Meningkatkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2. Meningkatkan kemahiran pertuturan murid-murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian PMR dan SPM.
4. Mengalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
5. Mengcungkil bakat pelajar
Aktiviti Sepanjang Bulan Bahasa
1. 12 April Bercerita
2. 7 April Menulis essei
3. 11 April Teka silangkata
4. 19 April Bahas
5. 14 April Ulasan novel
6. 21 April Sahibba
7. 26 April Mengeja
8. 7 April Buku Skrap
9. 21 April Karaoke Lagu rakyat
10. 26 April Deklamasi sajak
11. 14 April Mencipta sajak
12. 5 April Mencipta cerpen
Poster Anti Dadah
Program : Perhimpunan mingguan 11 April 2010
Tempat : Dataran Kejat SMKJM
Ucapan penghargaan dan tahniah diberikan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah mengikuti dan menjayakan beberapa program seperti berikut:
1. Pertandingan Keceriaan Kelas 2011
Kategori : Tingkatan 3T
Tempat pertama : 3T1
Tempat kedua : 3 RT
Tempat ketiga : 3 S1
Kategori Tingkatan Empat
Tempat pertama : 4 VK2
Tempat kedua : 4 ST 3
Tempat ketiga : 2 PA2
Ketergori Tingkatan Lima
Tempat pertama : 5 ST 1
Tempat kedua : 5 PA 2
Tempat ketiga : 5 ST 2
Pertandingan Poster Anti Dadah Sempena Hari Anti dadah peringkat Sekolah.
Pertama : Chua Yun Yi 4 ST 12
Kedua : Wong Jian Feng 4 ST 1
Ketiga : Lew Fuk Long 2 RS
Pertandingan Perbahasan Peringkat Daerah kluang anjuran Persatuan Hokkien Daerah Kluang
tarikh 3 hb April 2011
Tempat ke tiga : Lee Han Jiet (3Rs)
Kheng Sin Ern (3RS)
Koo Kah Hei ( 3 RS)
Liau Kai Xiang (3 RS)
Tan Xiu Qin (3 RS)
00i Wei Khang (5ST1)
Johan : Tey Sze Mi (3RT)
Yap Peir Wen ( 3RT)
Hiu Jin Hao (3RT)
Pang Sheik Hui ( 3 RT)
Liow Ming Wei (5ST1)
Lioow Ming Wei Pembahas terbaik dalam pertandingan itu.
Pesta bahasa Cina Daerah Kluang anjuran Persatuan Membaiki Akhlak Che Luan Khor.
Tarikh: 9 April 2011
1.Kuiz Tatabahasa dan sastera
Kategori Menengah rendah ( Hadiah Kepujian ) Hiew Zhen Xuan (3rs) dan Tong Jiun Yan (3RT)
Kategori Menengah Atas (ketiga ) liow Ming Wei (5ST1) dan Lim Yi Liang (4ST1)
Pertandingan Kaligrafi
Kategori Menengah Atas
Hadiah Kepujian: Ng Jun Hong (4ST1)
Tempat ke 4 : Wong Jian Feng (4 ST1)
Naib Johan : Ong Ying Yar (5ST1)
Pertandingan Deklamasi Sajak
Kategori Menengah atas Hadiah : Chua Yun Yi
Kehadiran Terbaik Bulanan
Sesi Pagi - 2011
Kategori tingkatan3,4 dan 5.
1. Tingkatan 3RS 98.2
2. Tingkatan 4 ST2 98.8
3. Tingkatan 5 T1 98.2
Penafian
smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.