SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Kejohanan Olahraga kali ke - 29













Kejohanan Olahraga kali ke - 29
SMK. Jalan Mengkibol, Kluang, Johor
Tarikh : 28 Jun 2012

Perasmian oleh:
En. Ng Seong Mor
YDP PIBG SMK. Jalan Mengjibol, Kluang.

Aturcara majlis

7.30 pagi - Dif-dif jemputan mengambil tempat
7.47 pagi - Ketibaan En. Ng Seong Mor YDP PIBG
8.00 pagi - Perbarisan Lintas Hormat
8.20 pagi -Majlis perasmian kejohanan
8.30 pagi - Acara kejohanan bermula
10.20 pagi - rehat dan persembahan
10.40 pagi - Acara kejohanan diteruskan
12.30 tgh - Majlis penyampian hadiah
1.05 tgh   - Majlis Penutup kejohanan

Warga SMK Jalan Mengkibol merakamkan jutaan penghargaan terhadap En. Nawawy bin Othman (GPK KOKO) Pn.Roziah bte Rahmat ( S/U Sukan) AJK Pengelola kejohanan olahraga SMKJM kali ke -29 kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan olahraga dengan cemerlang dan meriah.  Dan tahniah kepada cikgu Nazri b. Zakaria ketua rumah langkasuka serta guru-guru rumah Langkasuka  dan para alet yang mengambil bahagian kerana berjaya menjadi Johan Rumah Sukan bagi kali ke enam berturut-turut.

Kepada semua pihak yang menjayakan dan menyokong perjalanan majlis ini sehingga berjaya dengan sempurnanya, terima kasih.

Hari Gerko, Hari Terbuka dan Taklimat PBS 2012



Perasmian Hari Gerko SMKJM 2012 oleh En. Ng Seong Mor YDP PIBG




 Hari Terbuka  pertemuan guru bersama ibu - bapa

 Taklimat PBS kepada ibu bapa

Program: Hari Gerko, Hari Terbuka dan Taklimat PBS 2012
Tarikh : 27 Jun 2012
Masa: 8.00 pagi - 1.30 tengahari.

Aturcara:
8.30-9.30 pagi   -  Sesi 1.
                             Takilmat PBS bersama ibubapa murid tingkatan 1
9.30-10.00 pagi  - Rehat
10.00-10.30 pagi - Sesi II:
                            Takimlat PBS bersama ibubapa murid tingkatan 1

Hari Gerko
8.00-11.30 pagi - Aktiviti Jualan Gerai
9.30 pagi           - Perasmian Hari Gerko oleh En. Ng Seong Mor, YDP PIBG
11.30-12.00 tgh - Gotong -royong

Objektif Program
1, Mewujudkan hubungan dua hala antara ibubapa dan guru bagi meningkatkan kecemerlangan akademik murid serta ke arah melahirkan murid cemerlang dari segi jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial.
2. Dapat melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran perniagaan dan pengurusan organisasi.
3. Dapat membina penampilan diri yang positif dalam kalangan murid dengan memupuk kerjasama dan kesetiaan melalui aktiviti yang dijalanksn seterusnya merialisasikan hasrat serta matlamat 1 Malaysia.
 tentang pelaksanaan PBS yang merupakan suatu  bentuk pentaksiran yang bersifat holistik selaras dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan dan Standard Kurikukulm Sekolah Menengah (KSM).

Warga SMKJM merakam jutaan pengharagaan dan tahniah khususnya kepada En. Nawawy bin Othman dan unit Kokurukulum SMKJM di atas kejaya menganjurkan hari Gerko SMKJM 2012 dengan cemerlang dan meriah sekali. Syabas Tuan!








Program Gotong Royong Perdana
SMKJM 2012
Tarikh :16 Jun 2012
Masa: 8.00-12.30 tengahari.

Acara akhir sebelum Sukan 2012










Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-29 2012
Acara akhir sebelum kejohanan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh 12.06.2012 dan 13.06.2012
Masa : sesi  petang (7.40 hingga 10.00 pagi)
           sesi pagi   (3.00 hingga 5.45 petang)

Marilah kita bersama-sama menjayakan dan menyokong acara akhir kejohanan sukan SMKJM 2012.

Tahniah dan Syabas

Pasukan perbahasan Bahasa Cina sekolah kita telah menyertai pertandingan perbahasaan bahasa Cina peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di daerah Kulai sebelum cuti persekolahan yang lalu. Tahniah mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.
Peserta SMK. Jalan Mengkibol terdiri dari:

1. Rebecca Cua 3 RT
2. Pang Shiek Hui ( 4 IK)
3. Lee Han Jiet (4IK)
4. Jesylyn Yap (5ST1)
5. Pang Chia Hao (5ST1)
6. Lim Li Liang (5ST1)

Pembahas terbaik pusingan awal Lee Han Jiet
Pembahas terbaik keseluruhan perbahasaan Lim Yi Liang.

Tahniah dan syabas SJM mencipta sejarah Johan pertandingan perbahasaan Bahasa Cina Negeri Johor 2011 dan 2012.

Selamat Hari Guru 2012


SELAMAT HARI GURU
2012














BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.