SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU
Stand Up For The Champions
SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM
PMR 2012
Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru
Majlis Persaraan En. Yew Puay Huat
SELAMAT BERSARA CIKGU
Perkhidmatan di SMK. Jalan Mengkibol
1.05.1993—16.03.2011
Program : Majlis Persaraan En. Yew Puay Huat
Tarikh 12 Mac 2011
Tempat : Dataran kejat dan Dewan SMKJM
Selamat Bersara En.Yew Puay Huat

Salam,
Seluruh warga SMK. Jalan Mengkibol merakamkan ucapan selamat bersara kepada En. Yew Puay Huat Penyelia Petang SMK. Jalan Mengkibol yang telah berkhidmat selamat hampir 10 tahun di SMKJM. Sesungguhnya persaraan beliau dari dunia pendidikan khususnya di SMK Jalan Mengkibol ini amat menyedihkan dan kami terasa akan kehilangannya. Segala bakti dan budi baik beliau kami sanjungi.
Sebutir pemata menyinar di persada SMK Jalan Mengkibol telah hilang buat selama-lamanya.
Harum baunya sibunga tanjung
Semerbak mewangi di waktu malam
Budi dan jasamu menjadi sanjungan
Tetap dingati sepanjang kehidupan
yang pergi silih berganti
menurut masa datang dan pergi
tapi takan sama
siempunya diri
SELAMAT BERSARA CIKGU
Sambutan Minggu Anti Dadah 2011
Progam:Sambutan Anti Dadah SMK. Jalan Mengkibol 2011
Tarikh : 7 Mac 2011
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol
Perasmian oleh : En. Yew Kok Leh
Tema : Satu Malaysia Membenteras Dadah
Anjuran: Unit Hem (Unit bimbingan dan kaunseling dan unit pendidikan dan pencegahan dadah
SMK. Jalan Mengkibol)
Objektif program
1. Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran warga SMK Jalan Mengkibol tentang bahaya dadah.
2. Menggunakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sebagai medium penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah.
3. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kelangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina,
Ikrar Anti Dadah
Bahawasanya kami rakyat
Malaysia berikrar
Untuk menjauhkan diri dari dadah pada
Setiap masa dengan
* Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah
*Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masayarakat
*Menjadi rakyat berilmu,berakhlak mulia dan mengamal cara hidup sihat dan cergas
*Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan
*Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah
Majlis Watikah Pelantikan Ketua Tingkatan 2011
Program : Majlis Watikah Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan 2011
Tarikh : 28 Febuari 2011
Tempat : Dataran Kejat SMKJM
Ikrar
Bahawasanya kami
Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan
SMK Jalan Mengkibol tahun 2011
Berikrar
Akan menumpukan
Seluruh Usaha
Dan Tenaga Kami
Untuk Meningkatkan Disiplin Kelas
Menjaga Keharmonian
Dan Keceriaan Kelas
Memastikan Peraturan kelas Dipatuhi
Menghulurkan Bantuan
Kerjasama dan Idea
serta
Menjaga Nama Baik Diri, Kelas dan Sekolah.
MAJLIS PELANCARAN
KEMPEN KEBERSIHAN DAN PERTANDINGAN
KECERIAAN KELAS SMK JM
TAHUN 2011
TARIKH: 28 FEB 2011
Dataran Kejat SMKJM
( OLEH: EN. YEW KOK LEH )
| ‘KELAS KITA TANGGUNGJAWAB KITA’ |
ANJURAN:
SEKTOR HEM
SMK JALAN MENGKIBOL
OBJEKTIF PROGRAM
ü DAPAT MERANGSANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
YANG LEBIH EFEKTIF
ü DAPAT MENINGKATKAN PRASARANA YANG BERKUALITI SERTA MEWUJUDKAN SUASANA YANG LEBIH KONDUSIF
ü MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMADAN KEKITAAN DI KALANGAN GURU DAN MURID
ü MELAHIRKAN MURID YANG LEBIH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA BENDA SEKOLAH
ü MENYAYANGI DAN MENJADIKAN KELAS SEPERTI RUMAH SENDIRI
ü MEWUJUDKAN SUASANA KELAS YANG CERIA, CANTIK , BERSIH DAN KEMAS
v KELAS KEMAS
v SUASANA NYAMAN
v OTAK CERGAS
v BELAJAR PUN AMAN
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Kebersihan Dan Pertandingan Keceriaan Kelas bagi Tahun 2011 ini.
Sesungguhnya apa jua pekerjaan yang dilakukan jika berganding bahu yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing akan menjadi lebih mudah dan lebih bermakna.
Kerjasama dan Setiakawan saling memerlukan umpama aur dengan tebing, isi dengan kuku dan irama dengan lagu .
Oleh itu, budaya ini harus dipupuk dan seterusnya di semai dikalangan anak-anak didik SMK Jalan Mengkibol tanpa mengira bangsa dan agama demi sebuah matlamat:-
KE ARAH
SEMARAK JAYA MENJULANG
SEMANGAT JATI MENJELANG
Program Gotong Royong Pertama 2011
Program:Gotong royong pertama 2011
Tarikh : 26 Febuari 2011
Tempat : Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang.
Masa: 7.45 - 12.00 tengahari
1. OBJEKTIF
1 Semua kawasan luaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol sentiasa bersih, selamat dan “Denggi-Sifar”
2 Murid-murid dapat membina sahsiah yang baik dengan melaksanakan tugas membersihkan kawasan sekolah dengan penuh bertanggungjawab.
3 Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol mementingkan kebersihan dan keceriaan
.4 Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan guru dan murid
Kempen "Jom Ke Sekolah Tahun 2011"
Progam : Kempen Jom Ke Sekolah Tahun 2011.
Tarikh : 21 Fp kehadiran diri ke sekolah ebuari 2011
Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol. Kluang.
Objektif :
1. Setiap pelajar berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 90 % sepanjang tahun.
2. Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah.
3. Menanamkan sikapositif dan rasa tanggungjawab terhadap kehadiran diri ke sekolah di kalangan pelajar.
4. Mengurangkan kadar ponteng di kalangan pelajar.
Ikrar Kehadiran Cemerlang
Bahawasanya Kami ,
Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol,
Dengan ini berjanji dan berikrar kepada diri kami,
Ibu bapa dan guru-guru,Bahawa kami,
Tidak akan ponteng sekolah,
Di sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Kami juga berjanji,untuk,
Sentiasa bersedia, menghadapi,
Segala cabaran, Berusaha mengatasi masalah,
Ponteng Sekolah,
Demi menjaga nama,
Dan imej baik, diri kami,
Ibu bapa, guru-guru dan,
Nama baik sekolah kami.
Penafian
smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
