SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Jom Kita Bertempur


Masa telah sampai
untuk kita turun bertempur
dipadang usia

tajamkan senjata akal mu
jenuh diasah para guru
tingkatkan upaya fokusmu
mengutip kembali titisan-titisan barakah
dari bibir gurumu yang kering bertahun

cantum kembali segala langkah
ketika menyatu nota dan
susunan peta minda
yang kau canai

di dada jawapan tersedia

Nah, tikanya telah sampai
hamburkan segalanya.....

Selamat Berjuang dari Warga Guru SMK.Jalan Mengkibol kepada pelajar PMR 2010.

Kesepakatan Bersama Memercu Kejayaan




Salam,

Alhamdulilah, meskipun dihambat waktu yang dan kesibukan tugas yang mendesak seluruh kekuatan diri, Warga SMKJM masih lagi meneruskan aktiviti kunjung muhibbah (Marhaban) sempena ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Di bawah pimpinan Tn.Hj.Razib bin Dollah, majlis menjadi semakin bermakna apabila turut disertai oleh Tn.Hj.Ahmad bin Awang, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang bersama-sama keluarganya. Disamping warga guru yang turut membawa pasangan dan anak-anak masing-masing. Kesepakatan ini bukan sahaja mencermin semangat kekitaan yang tinggi malah ianya juga membawa erti yang lebih besar kepada semua warga SMKJM. Kunjungan tuan pengetua dan rakan-rakan yang lain ke rumah baru Tn.Hj Izzudin memeriah lagi suasana sambutan hari raya. Mudah-mudahan aktiviti seperti ini akan diteruskan untuk kesekian kalinya pada tahun hadapan.

Tahniah di atas Lantikan Pengerusi Kelab KESTABOL


Salam,

Bagi pihak warga SMKJM dan Ahli KESTABOL merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada En.Muhammad Fairuz bin Sarkowi kerana telah dilantik untuk menerajui kepimpinan baru KESTABOL 2010/2011. Mudah-mudahan dengan pelantikan tuan dan jawatankuasa yang baru ini akan menambah aktifkan aktiviti dan kebajikan ahli. Kami akan bersama-sama menyokong kepimpinan tuan. Syabas!.

Terima Kasih Daun Keladi

Salam.
Ahli Kelab Bilik Guru dan Staf SMKJM merakamkan sekalungucapan terima kasih kepada semua ahli kelab KESTABOLsesi 2009/2010 yang telah diterajui oleh :

Pengerusi : Cik Yip Lai Foong
Naib Pengerusi : Cik Wong Hui Ling
Setiausaha : En. Suman a/l Ramaya
Bendahari : Pn. Nurhaliza Md. Sani
: Cik Chai Tsu Chin
Ahli Jawatankuasa : En. Muhamad Hairul Kadir
: Pn. Noraida Mohamad Ahasan
: Pn. Siti Zubaidah Mohamed Dani Abas
: En. Devarajan a/l Veerasamy
: Cik Sivasathi a/p Kathaija
: En. Lai Chin Siong
Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Seet Chwee Ying
: En. Helmy Musa

kerana telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang memberikan banyak menafaat dan kebajikan para warga SMKJM. Terima kasih.

Majlis Perpisahan En.Mohd Noh bin Hj. Mohd Yusof






Salam,

Majlis perpisahan En.Mohd Noh bin Hj.Mohd Yussof telah diadakan pada hari Sabtu,bersamaan dengan 25 September 2010, bertempat di pentas Budaya SMKJM. Ketibaan beliau telah disambut dengan meriah oleh para pelajar dan guru-guru. Barisan pasukan beruniform berbaris menyambut kehadiran disepanjang kaki lima menuju ke pentas budaya dan ke bilik mesyuarat. Pasukan pancaragam sekolah telah memainkan beberapa buah lagu termasuk lagu bertemu dan berpisah, Selepas itu, pasukan seni silat Gayung SMKJM telah mengadakan satu persembahan khas termasuk tempur bersenjata.
Manakala guru-guru dan staf pula telah bersedia menunggu di bilik mesyuarat untuk meneruskan majlis dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan jamuan perpisahan. Majlis berjalan dengan lancar meskipun suasana kesedihan terpancar diraut wajah rakan-rakan. Bagi pihak seluruh warga SMK.Jalan Mengkibol merakakamkan ucapan tahniah dan syabas dan memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tuan berkhidmat disekolah ini. Selamat bertugas tuan.

Syabas dan Tahniah!


Salam,

Bagi pihak warga SMK. Jalan Mengkibol, Kluang, Johor. Merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas di atas pelantikan Pn. Faridah binti Omar Penolong Kanan Hem SMK. Jalan Mengkibol ke jawatan Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Jalan Mengkibol bermula pertengahan September ini. Komitment dan kecekapan puan terhadap tugas amat kami hargai. Pastinya seluruh Warga SMK. Jalan Mengkibol akan bersama-sama puan dalam usaha menterbilangkan dan memacu kecemerlangan SMK. Jalan Mengkibol. Syabas!

Anugerah Perfect Score 2010







Salam,

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerimna Anugerah Perfect Score 2010.
Majlis disempurnakan pada: Perhimpunan Mingguan

Tarikh : Isnin 20 September 2010
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol

Penerima-penerimanya adalah seperti berikut:

1. Peperiksaan Percubaa PMR, Ogos 2010

1. Ng Shi Hao (3K1) 8 A
2. Lim Yi Liang (3K1) 8 A
3. Kow Chia Yee (3K1) 7 A 1 B

2. Penilian Kurikulum 2, Ogos 2010

1. Ooi Wei Khang (4ST1) 11A
2. Liow Min Wei (4ST1) 11A
3. Ong Ying Yar (4ST1) 11A
4. Moh Yu Han (4ST1) 11A
5. Loh Jia Zheng (4ST1) 11 A
6. Lim Dou Xuan (4ST1) 10A1B
7. Lim Yi Yu (4ST1) 9A1B

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.