SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2010




Salam,


SMK Jalan Mengkibol mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua Guru dan Pelajar SMK. Jalan Mengkibol semoga kemerdekaan yang kita nikmati ini akan menjadikan kita lebih gigih berusaha ke arah kecemerlangan "Pelajar didahulukan Pencapaian DiUtamakan"

Mengapai Impian dalam masa 3 minggu





Susur jalan kaki ke dua pelajar, untuk mengurangkan kesesakan semasa pelajar datang dan pulang ke sekolah. Tercapai impian pembinaanya dalam masa 3 minggu . Tahniah SJM.

Majlis Khatam Al Quran & Program Titian Kasih 2010








Salam.

Program : Khatam Al Quran & Program Titian Kasih
Tarikh : 27 Ogos 2010 (17 Ramadhan 1431 H)
Tempat : Surau Raidatul Ilmi SJM
Masa : 7.20 -9.15 pagi
Anjuran : Majlis Kegiatan Agama Islam Sekolah (MAKDIS)

Objektif:

1. Mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca Al-Quran sebagai memenuhi tuntuan Ramadan.
2. Berusaha dan berazam untuk menamatkan juzuk/surah pada masa yang ditetapkan.
Merapatkan bubungan Silaturrahim antara guru, kakitangan dan pelajar.
3. Meraikan anak yatim dengan memberikan sedikit sumbangan dari staf SJM, CIMB cawangan Kluang dan Syarikat Beras Faiza, Batu Pahat.

Kem Membaca 1 Malaysia 2010




Jom kita sama-sama menyertai Kempen Membaca 1 Malaysia 2010


Kem Membaca 1 Malaysia 2010 adalah satu inisiatif di bawah program gerakan tabiat membaca Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Buku Teks akan dilaksanakan serentak di seluruh Negara pada 8 hingga 12 November 2010.

Tema pada tahun ini ialah “ Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia “. Tahun ini, tempat pelancaran rasminya ialah SRJK (C) Tsun Jin, Jln. Perwira, Kg Pandan 55100, KL. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPM, pada 8 November 2010.

Semua sekolah akan terlibat dengan program tersebut. Sekolah boleh lawati laman web www.read2010.com.my nanti sebelum pelancaran.

Berikut adalah cadangan jadual pelaksanaan :

Tarikh

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

8.11.2010

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

9.11.2010

a. 10 minit bersama buku

b. Projek Kitar Semula- Sayangi

Bumi Kita

a. Membaca 10 minit

b. Projek Kitar Semula-Sayangi

Bumi Kita

10.11.2010

Sesi Bercerita & Pertandingan Mewarna

Pertandingan Pidato, Perbahasan / Public speaking

11.11.2009

Jejak maklumat

Klinik membaca

12.11.2010

Majlis Penyampaian hadiah peringkat sekolah

Penghargaan dan Tahniah


Salam,

Kami seluruh warga SMK Jalan Mengkibol berasa bangga mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Mohd Noh bin Mohd Yusof Guru Penolong Kanan Akademik, kerana telah dilantik menjadi Pengetua SMK Kahang Batu 23, Kluang, Johor. Tarikh lapor diri bermula dari 16 Ogos 2010. Mudah-mudahan dengan perlantikan ini, tuan akan dapat berkongsi pengalaman tuan untuk terus meningkatkan kecemerlangan pendidikan khususnya di daerah Kluang. Kami warga SMK Jalan Mengkibol juga memohon ribuaan kemaafan sekiranya semasa tuan bertugas di sekolah ini, kami ada melakukan sebarang kesilapan baik dari segi tutur kata mahupun perbuatan. Hanya Allah jua yang mampu membalas segala budi baik dan bakti tuan di sekolah ini. Sesungguhnya budi yang baik dibalas jua. Tahniah!

Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia





Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia


Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

1.Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

2.Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.

3.Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

4.Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.

5.Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

1.Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

2.Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.

3.Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seimbang dengan perbelanjaan harian.

4.Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

5.Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.

6.Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia





Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL HARI BUKU SEDUNIA

Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day).

Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiantan penerbitan dan perbukuan, dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) telah menyarankan supaya Hari Buku dan Hak Cipta Sdunia tahun 2010 disambut di peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca warga sekolah.

Oleh itu, sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas pada 23 April 2010 atau tarikh lain yang sesuai untuk merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Antara aktiviti pembacaan dan pembuku yang dapat mengembangkan budaya membaca di kalangan warga sekolah ialah Resensi buku, Bercerita, Sepetang bersama penulis, Mewarna, Membaca bersama, Tukar buku suka sama suka, Bicara buku, Tokoh membaca dan lain-lain aktiviti yang menjurus ke arah memantapkan budaya membaca.


Semoga aktiviti Hari Buku dan Hak Cipta Sednia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak terutamanya guru dan murid agar dapat wujud kesedaran tentang pentingnya amalan membaca dan pengiktirafan kepada penulis yang telah memerah otak berkarya untuk tatapan umum. Sekian terima kasih.

OBJEKTIF HARI BUKU SEDUNIA

1. Meningkatkan minat membaca didalam dan diluar sekolah.
2. Memberi pendedahan kepada murid mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta.
3. Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
4. Mengenali lebih ramai penulis buku tempatan dan luar negara.

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.