SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Majlis Watikah Pelantikan Ketua Tingkatan 2011






Program : Majlis Watikah Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan 2011
Tarikh : 28 Febuari 2011
Tempat : Dataran Kejat SMKJM

Ikrar

Bahawasanya kami
Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan
SMK Jalan Mengkibol tahun 2011
Berikrar

Akan menumpukan
Seluruh Usaha
Dan Tenaga Kami
Untuk Meningkatkan Disiplin Kelas

Menjaga Keharmonian
Dan Keceriaan Kelas
Memastikan Peraturan kelas Dipatuhi
Menghulurkan Bantuan
Kerjasama dan Idea
serta
Menjaga Nama Baik Diri, Kelas dan Sekolah.

MAJLIS PELANCARAN

KEMPEN KEBERSIHAN DAN PERTANDINGAN

KECERIAAN KELAS SMK JM

TAHUN 2011

TARIKH: 28 FEB 2011

Dataran Kejat SMKJM

( OLEH: EN. YEW KOK LEH )

‘KELAS KITA

TANGGUNGJAWAB

KITA’

ANJURAN:

SEKTOR HEM

SMK JALAN MENGKIBOL


OBJEKTIF PROGRAM

ü DAPAT MERANGSANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

YANG LEBIH EFEKTIF

ü DAPAT MENINGKATKAN PRASARANA YANG BERKUALITI SERTA MEWUJUDKAN SUASANA YANG LEBIH KONDUSIF

ü MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMADAN KEKITAAN DI KALANGAN GURU DAN MURID

ü MELAHIRKAN MURID YANG LEBIH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA BENDA SEKOLAH

ü MENYAYANGI DAN MENJADIKAN KELAS SEPERTI RUMAH SENDIRI

ü MEWUJUDKAN SUASANA KELAS YANG CERIA, CANTIK , BERSIH DAN KEMAS

v KELAS KEMAS

v SUASANA NYAMAN

v OTAK CERGAS

v BELAJAR PUN AMAN

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Kebersihan Dan Pertandingan Keceriaan Kelas bagi Tahun 2011 ini.

Sesungguhnya apa jua pekerjaan yang dilakukan jika berganding bahu yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing akan menjadi lebih mudah dan lebih bermakna.

Kerjasama dan Setiakawan saling memerlukan umpama aur dengan tebing, isi dengan kuku dan irama dengan lagu .

Oleh itu, budaya ini harus dipupuk dan seterusnya di semai dikalangan anak-anak didik SMK Jalan Mengkibol tanpa mengira bangsa dan agama demi sebuah matlamat:-

KE ARAH

SEMARAK JAYA MENJULANG

SEMANGAT JATI MENJELANG

Program Gotong Royong Pertama 2011

















Majlis Pelancaran Gotong Royong

Program:Gotong royong pertama 2011

Tarikh : 26 Febuari 2011

Tempat : Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang.

Masa: 7.45 - 12.00 tengahari


1. OBJEKTIF

1 Semua kawasan luaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol sentiasa bersih, selamat dan “Denggi-Sifar”

2 Murid-murid dapat membina sahsiah yang baik dengan melaksanakan tugas membersihkan kawasan sekolah dengan penuh bertanggungjawab.

3 Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol mementingkan kebersihan dan keceriaan

.4 Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan guru dan murid

Kempen "Jom Ke Sekolah Tahun 2011"










Progam : Kempen Jom Ke Sekolah Tahun 2011.
Tarikh : 21 Fp kehadiran diri ke sekolah ebuari 2011
Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol. Kluang.
Objektif :

1. Setiap pelajar berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 90 % sepanjang tahun.
2. Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah.
3. Menanamkan sikapositif dan rasa tanggungjawab terhadap kehadiran diri ke sekolah di kalangan pelajar.
4. Mengurangkan kadar ponteng di kalangan pelajar.

Ikrar Kehadiran Cemerlang

Bahawasanya Kami ,
Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol,
Dengan ini berjanji dan berikrar kepada diri kami,
Ibu bapa dan guru-guru,Bahawa kami,
Tidak akan ponteng sekolah,
Di sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Kami juga berjanji,untuk,
Sentiasa bersedia, menghadapi,
Segala cabaran, Berusaha mengatasi masalah,
Ponteng Sekolah,
Demi menjaga nama,
Dan imej baik, diri kami,
Ibu bapa, guru-guru dan,
Nama baik sekolah kami.

Jom kita ke Pusat Sumber Sekolah

Majlis Persaraan En. Ng Cher Luang

SELAMAT BERSARA
















Majlis Persaraan En Ng Cher Luang SMKJM
Guru Penolong Kanan KoKurikulum (1993-2011)
Tempat : Dataran Kejat (7.30-9.00 pagi)

Aturcara Majlis

- Ucapan Perpisahan dan hadiah
-Perasmian 1 Murid satu Sukan

Bilik R & I SMKJM (9,15-9.45 pagi)
- Perasmian Pusat R & I SMKJM

Temuramah majalah Mutiara/Sidang ridaksi (10.30 pagi)
-Bilik Pengetua

Persembahan Murid di Dewan SMKJM (11.20 pagi)
-Persembahan pancaragam
-Persembahan koir
-kalungan selempang
-Penyerahan sijil dan Fail Kokurikulum.

Majlis Penutup di dataran Kejat dan Arena Budaya SMKJM 12.50 tengahari
- Kawad formasi
-Persembahan silat
- "Punch" waktu tamat kerja.
- Perbarisan perpisahan.


Bah Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir
Tiba juga kiranya di muara waktu
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu
Pada jejak yang lalu,seribu liku

Berdiri melihat denai-denai kenangan
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan
Barangkali tidak akan terdengar nanti
Suara bisikan melankolik
Ucap sejahtera kami anak-anak remaja

Tiba waktunya untuk menyusun jemari
Tegur sapa dan senyum tawa rakan sekerja
Membuang segala kerikil bersalut di hati
Yang terkhilaf dimaafi
Yang sesal diinsafi
Yang lebih dibahagi
Yang kurang dilengkapi
Agar saat perpisahan ini indah
Terlerai segala durja gundah
Tersina cebisan amarah
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir
Tiba jua dimuara waktu
Pasti tersisa kenangan yang terindah
Berhias luka yang berdarah
Kesementaran waktu mengutus seribu bambu
Kerana sekali dipangil guru
Selamanya bergelar guru

Selamat tinggal suara-suara ceria
Selamat tinggal dataran kejat tempat berhimpun
Selamat tinggal taman wawasan tapak membina insan
Bilik Koko tempat aku berdiri teguh.


Pn. Maharian bin Abdul Majid
SMKJM Febuari 2011

Selamat Bersara En. Ng Cher Luang






Seluruh warga SMK. Jalan Mengkibol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ng Cher Luang Penolong Kanan Kokurikulum SMK. Jalan Mengkibol yang akan bersara pada 15 Febuari 2011. Semoga beliau sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Diharapkan dengan kepakaran,pengalaman sebagai pendidik,pemimpin dan pengurus pelbagai bidang termasuk subjek Biologi,kokurikulum,pembangunan fizikal,perancangan strategik , Beliau akan terus memberikan sumbangan, buah fikiran dalam membantu SMK. Jalan Mengkibol ke arah kecemerlangan pendidikan. Sesungguhnya dengan persaraan beliau ianya merupakan satu kehilangan yang amat besar dan bermakna kepada SMK. Jalan Mengkibol. SELAMAT BERSARA CIKGU.

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.