SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Mesyuarat Pra Penyerahan Bangunan Empat Tingkat Baru SJM





Salam,
Satu mesyuarat pra penyerahan bangunan baru empat tingkat SMKJM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Andalas pada 22 Oktober 2010. Mesyuarat dihadiri oleh pihak sekolah, Pegawai PPD Kluang (unit sektor pembangunan), Jurutera dari jabatan Kerja Raya Kluang,Kontraktor bangunan dan sub-sub kontraktor.Lawatan tapak juga diadakan untuk dan membuat tinjauan akhir terhadap kualiti kerja dan piawaian yang telah ditetapkan. Bangunan baru ini menempatkan makmal fizik dan kimia, bilik-bilik darjah, pusat sumber sekolah, bilik muzik dan pusat akses . Insyaalah Majlis Penyerahan bangunan ini akan diadakan di penghujung bulan Oktober ini.

Promosi Pusat Sumber Sekolah

PERHATIAN!


Sempena Minggu Peperiksaan


PERKHIDMATAN


PINJAMAN BUKU-BUKU ULANGKAJI TERBARU


DIPASARAN.

Setiap pelajar boleh meminjam sebuah buku untuk 4 hari.

Atau

Anda boleh membuat ulangkaji di Pusat Sumber Sekolah.


Jom Kita Bertempur


Masa telah sampai
untuk kita turun bertempur
dipadang usia

tajamkan senjata akal mu
jenuh diasah para guru
tingkatkan upaya fokusmu
mengutip kembali titisan-titisan barakah
dari bibir gurumu yang kering bertahun

cantum kembali segala langkah
ketika menyatu nota dan
susunan peta minda
yang kau canai

di dada jawapan tersedia

Nah, tikanya telah sampai
hamburkan segalanya.....

Selamat Berjuang dari Warga Guru SMK.Jalan Mengkibol kepada pelajar PMR 2010.

Kesepakatan Bersama Memercu Kejayaan




Salam,

Alhamdulilah, meskipun dihambat waktu yang dan kesibukan tugas yang mendesak seluruh kekuatan diri, Warga SMKJM masih lagi meneruskan aktiviti kunjung muhibbah (Marhaban) sempena ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Di bawah pimpinan Tn.Hj.Razib bin Dollah, majlis menjadi semakin bermakna apabila turut disertai oleh Tn.Hj.Ahmad bin Awang, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang bersama-sama keluarganya. Disamping warga guru yang turut membawa pasangan dan anak-anak masing-masing. Kesepakatan ini bukan sahaja mencermin semangat kekitaan yang tinggi malah ianya juga membawa erti yang lebih besar kepada semua warga SMKJM. Kunjungan tuan pengetua dan rakan-rakan yang lain ke rumah baru Tn.Hj Izzudin memeriah lagi suasana sambutan hari raya. Mudah-mudahan aktiviti seperti ini akan diteruskan untuk kesekian kalinya pada tahun hadapan.

Tahniah di atas Lantikan Pengerusi Kelab KESTABOL


Salam,

Bagi pihak warga SMKJM dan Ahli KESTABOL merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada En.Muhammad Fairuz bin Sarkowi kerana telah dilantik untuk menerajui kepimpinan baru KESTABOL 2010/2011. Mudah-mudahan dengan pelantikan tuan dan jawatankuasa yang baru ini akan menambah aktifkan aktiviti dan kebajikan ahli. Kami akan bersama-sama menyokong kepimpinan tuan. Syabas!.

Terima Kasih Daun Keladi

Salam.
Ahli Kelab Bilik Guru dan Staf SMKJM merakamkan sekalungucapan terima kasih kepada semua ahli kelab KESTABOLsesi 2009/2010 yang telah diterajui oleh :

Pengerusi : Cik Yip Lai Foong
Naib Pengerusi : Cik Wong Hui Ling
Setiausaha : En. Suman a/l Ramaya
Bendahari : Pn. Nurhaliza Md. Sani
: Cik Chai Tsu Chin
Ahli Jawatankuasa : En. Muhamad Hairul Kadir
: Pn. Noraida Mohamad Ahasan
: Pn. Siti Zubaidah Mohamed Dani Abas
: En. Devarajan a/l Veerasamy
: Cik Sivasathi a/p Kathaija
: En. Lai Chin Siong
Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Seet Chwee Ying
: En. Helmy Musa

kerana telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang memberikan banyak menafaat dan kebajikan para warga SMKJM. Terima kasih.

Majlis Perpisahan En.Mohd Noh bin Hj. Mohd Yusof






Salam,

Majlis perpisahan En.Mohd Noh bin Hj.Mohd Yussof telah diadakan pada hari Sabtu,bersamaan dengan 25 September 2010, bertempat di pentas Budaya SMKJM. Ketibaan beliau telah disambut dengan meriah oleh para pelajar dan guru-guru. Barisan pasukan beruniform berbaris menyambut kehadiran disepanjang kaki lima menuju ke pentas budaya dan ke bilik mesyuarat. Pasukan pancaragam sekolah telah memainkan beberapa buah lagu termasuk lagu bertemu dan berpisah, Selepas itu, pasukan seni silat Gayung SMKJM telah mengadakan satu persembahan khas termasuk tempur bersenjata.
Manakala guru-guru dan staf pula telah bersedia menunggu di bilik mesyuarat untuk meneruskan majlis dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan jamuan perpisahan. Majlis berjalan dengan lancar meskipun suasana kesedihan terpancar diraut wajah rakan-rakan. Bagi pihak seluruh warga SMK.Jalan Mengkibol merakakamkan ucapan tahniah dan syabas dan memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tuan berkhidmat disekolah ini. Selamat bertugas tuan.

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.