SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Terima Kasih Daun Keladi

Salam.
Ahli Kelab Bilik Guru dan Staf SMKJM merakamkan sekalungucapan terima kasih kepada semua ahli kelab KESTABOLsesi 2009/2010 yang telah diterajui oleh :

Pengerusi : Cik Yip Lai Foong
Naib Pengerusi : Cik Wong Hui Ling
Setiausaha : En. Suman a/l Ramaya
Bendahari : Pn. Nurhaliza Md. Sani
: Cik Chai Tsu Chin
Ahli Jawatankuasa : En. Muhamad Hairul Kadir
: Pn. Noraida Mohamad Ahasan
: Pn. Siti Zubaidah Mohamed Dani Abas
: En. Devarajan a/l Veerasamy
: Cik Sivasathi a/p Kathaija
: En. Lai Chin Siong
Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Seet Chwee Ying
: En. Helmy Musa

kerana telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang memberikan banyak menafaat dan kebajikan para warga SMKJM. Terima kasih.

Majlis Perpisahan En.Mohd Noh bin Hj. Mohd Yusof






Salam,

Majlis perpisahan En.Mohd Noh bin Hj.Mohd Yussof telah diadakan pada hari Sabtu,bersamaan dengan 25 September 2010, bertempat di pentas Budaya SMKJM. Ketibaan beliau telah disambut dengan meriah oleh para pelajar dan guru-guru. Barisan pasukan beruniform berbaris menyambut kehadiran disepanjang kaki lima menuju ke pentas budaya dan ke bilik mesyuarat. Pasukan pancaragam sekolah telah memainkan beberapa buah lagu termasuk lagu bertemu dan berpisah, Selepas itu, pasukan seni silat Gayung SMKJM telah mengadakan satu persembahan khas termasuk tempur bersenjata.
Manakala guru-guru dan staf pula telah bersedia menunggu di bilik mesyuarat untuk meneruskan majlis dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan jamuan perpisahan. Majlis berjalan dengan lancar meskipun suasana kesedihan terpancar diraut wajah rakan-rakan. Bagi pihak seluruh warga SMK.Jalan Mengkibol merakakamkan ucapan tahniah dan syabas dan memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tuan berkhidmat disekolah ini. Selamat bertugas tuan.

Syabas dan Tahniah!


Salam,

Bagi pihak warga SMK. Jalan Mengkibol, Kluang, Johor. Merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas di atas pelantikan Pn. Faridah binti Omar Penolong Kanan Hem SMK. Jalan Mengkibol ke jawatan Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Jalan Mengkibol bermula pertengahan September ini. Komitment dan kecekapan puan terhadap tugas amat kami hargai. Pastinya seluruh Warga SMK. Jalan Mengkibol akan bersama-sama puan dalam usaha menterbilangkan dan memacu kecemerlangan SMK. Jalan Mengkibol. Syabas!

Anugerah Perfect Score 2010







Salam,

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerimna Anugerah Perfect Score 2010.
Majlis disempurnakan pada: Perhimpunan Mingguan

Tarikh : Isnin 20 September 2010
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Kejat SMK. Jalan Mengkibol

Penerima-penerimanya adalah seperti berikut:

1. Peperiksaan Percubaa PMR, Ogos 2010

1. Ng Shi Hao (3K1) 8 A
2. Lim Yi Liang (3K1) 8 A
3. Kow Chia Yee (3K1) 7 A 1 B

2. Penilian Kurikulum 2, Ogos 2010

1. Ooi Wei Khang (4ST1) 11A
2. Liow Min Wei (4ST1) 11A
3. Ong Ying Yar (4ST1) 11A
4. Moh Yu Han (4ST1) 11A
5. Loh Jia Zheng (4ST1) 11 A
6. Lim Dou Xuan (4ST1) 10A1B
7. Lim Yi Yu (4ST1) 9A1B

Jamuan Pengawas SMKJM 2010






Tarikh : 19 September 2010
Masa : 745-10.30 malam
Tempat : Rumah Penginapan Kluang, Johor.

Salam,

Tahniah diucapkan kepada cikgu Zulnaidi bin Abdullah dan Jawatankuasa Pengawas SMKJM 2010 kerana telah berjaya mengadakan jamuan akhir tahun pengawas di Rumah Rehat Kluang. Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pengetua En. Yew Kok Leh, Guru-guru kanan ,ketua-ketua bidang, guru-guru pengawas dan semua pengawas SMK. Jalan Mengkibol. Majlis diwarnakan dengan beberapa persembahan dikalangan pengawas SMK. Jalan Mengkibol.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam,

Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua guru dan pelajar-pelajar SMK Jalan Mengkibol. Rakan-rakan guru yang pulang ke kampun halaman berhati-hati ketika memandu. Moga tuan puan selamat pergi dan selamat kembali ke distinasi masing-masing. Kepada para pelajar jangan dilupa akan peperiksaan PMR dan SPM yang akan tiba tak lama lagi. Ribuaan kemaafan dipohon sekiranya terdapat sebarang kesalahan , perbuatan, tingkah laku mahupun tutur kata. Mudah-mudahan Aidilfitri ini akan kembali merapatkan hubungan silaturahim kita. Amin.

SEDIKIT HADIAH UNTUK HARI RAYA

SEDIKIT HADIAH UNTUK HARI RAYA

Pernah saya singgah di sebuah tempat,

Yang tiada isitlah ‘gagal’ dan sentiasa selamat,

Empat dinding selesa yang saya berada,

Tidak banyak berbeza dengan penjara.


Betapa ingin saya melakukan pelbagai perkara,

Yang tidak pernah saya mencuba,

Tetapi,akhirnya tetap saya kekal di sana,

Melangkah ke depan dan ke belakang

di atas lantai yang sama.


Sering kali saya menyatakan ‘tidak mengapa’,

Kalau tidak saya melakukan banyak perkara,

Pernah saya memberitahu diri saya,

Jangan peduli tentang impian, matlamat dan

seumpamanya.


Kadang kala saya mencipta sebab dan alasan,

Lengkap dengan pelbagai kesibukan dan

kesusahan;

Sebenarnya terbenam dalam sanubari saya,

Ialah sesuatu yang berlainan untuk berjaya.


Kehidupan saya tidak harus dibiarkan berlalu

sebegitu,

Menyaksikan orang lain menang dan menerima

restu;

Dengan tarikan nafas yang panjang saya

melangkah keluar,

Menerima perubahan dengan hati yang

berkobar-kobar.


Selangkah ke depan dengan tenaga baru,

Yang tidak pernah saya merasa dan menghidu;

Kepada tempat itu saya mengucapkan ‘ Selamat

Tinggal,’

Daripada cengkaman yang kini saya tertanggal.


Tempat itu sering diberi gelaran,

Yang tepat dan jitu tetapi tidak diperakukan;

Sangkal-menyangkal tentang kewujudan,

Tempat yang bernama ‘Zon Keselesaan’.


Sajak yang tak macam sajak ini,

Ingin saya berkongsi di sini;

Kalau tak ikut format sebenar,

Harap rakan-rakan beri tunjuk dan ajar.


Sedikit ‘input’ profesional daripada saya,

Sempena cuti sekolah dan Hari Raya;

Semoga hadiah yang istimewa,

Diterima oleh rakan-rakan semua.


Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Cahaya silaturahim sentiasa berseri’

Maaf zahir dan batin,

Ucapan ikhlas dengan izin,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

En. Yew Kok Leh

Pengetua SMK. Jalan Mengkibol, Kluang, Johor.

2.9.2010

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.