SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Syabas dan Tahniah!



Salam,

Bagi semua warga SMK Jalan Mengkibol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada En. Yew Lok Leh. Pengetua Kanan SMKJM di atas perlantikan ke Gred DG 54. Semoga dengan perlantikan ini, akan menambahkan komitment dan memberi peluang untuk tuan memberikan tunjuk ajar, berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman tuan dengan kami rakan-rakan guru. Kami percayai dibawah kepimpinan tuan, SMKJM akan terus cemerlang . Syabas!

Pesanan Pengetua

Perhimpunan Mingguan 28 Jun 2010

1. Syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang berusaha mengangkat kecemerlangan SMKJM.
2. Pintu Pagar Baru yang cantik itu merupakan kiasan bahawa SMKJM bukan sahaja cantik dari pandangan luar malah di dalamnya juga.
3. Minta pelajar menghargai masa, khususnya pelajar PMR dan SPM yang akan menghadapi peperiksaan. Kurangkan sementara keaktifan dalam aktiviti luar / kokurikulum, berikan tumpuan kepada pembelajaran akademik.

Konsep baru dari tuan pengetua : Cepat Dan Tepat, A KITA DAPAT

Pertandingan Menulis Surat Kepada Pengarah Pelajaran Johor

Ong Sin Yar

Chan Xiao Min

Sempena Hari Guru Daerah Kluang, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat Kepada Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Pihak sekolah merakamkan tahniah dan penghargaan kepada

1.Chan Xiao Min ( 5 ST 1) Tempat ketiga

2.Ong Sin Yar ( 5ST1) Johan

3.Pn. Maharian binti Abdul Majid ( Guru Bahasa Melayu )

Kerana telah berusaha bersungguh-sungguh mengangkat martabat SMK Jalan Mengkibol sehingga berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan tersebut. Syabas!

SMK Jalan Mengkibol dan Komuniti Setempat









Nama Program :Program Gotong Royong "Hapuskan Denggi"
Tempat: Taman Titiwangsa , Kluang, Johor.
Tarikh : 26 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30-1.00 tengahari

Anjuran: Panitia matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan SMK. Jalan Mengkibol dan Jawatan Kuasa Kebajikan Pendududk Taman Titiwangsa, Kluang, Johor.

Penyelaras Projek : En. Mohd Hairul bin Kadir.
(Ketua panitia matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan)

Aturcara Program

Masa Aktiviti

7.30 - 7.45 pagi Pelajar berkumpul di dataran Kejat mengikut kelas masing-masing

7.45 - 8.00 pagi Perhimpunan mengikut kelas dan taklimat ringkas

8.00 - 8.30 pagi Pelajar ke Taman Titiwangsa

8.30 - 9.30 pagi Taklimat Ringkas oleh Ketua JKK Taman Titiwangsa
Perasmian oleh En. Yew Kok Leh, Pengetua Kanan SMKJM.
Penyerahan alatan dan pembahagian kawasan gotong Royong

9.30- 11.30 pagi Gotong Royong " hapuskan denggi"

11.30 - 12.30 t/hari Makan tengahari dan bersurai

Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMKJM kerana telah berjaya mengadakan program bersama-sama dengan JKK Penduduk Taman Titiwangsa. Usaha mendekatkan sekolah dengan masayarakat melalui penglibatan guru-guru dan pelajar di samping dapat mengaplikasikan kemahiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang berjaya dilaksanakan diluar bilik darjah dengan amat cemerlang sekali. Kepada JKK Penduduk Taman Titiwangasa terima kasih kerana bersama-sama dengan pihak sekolah dalam usaha menwujudkan persekitaran yang bersih dan sihat tanpa denggi.

Bengkel NKRA SMKJM 2010








Bengkel NKRA SMKJM 2010
Tempat : Bilik PPK SMKJM
Tarikh : 22-25 Jun 2010

Melengkapkan Data NKRA ( Bidang Keberhasikan Utama Negara) yang diperlukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.




Latihan Dalam Perkhidmatan
Pembentangan Kajian Tindakan
Tarikh: 17 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKJM




En. Yew Kok Leh
Membuka Minda Guru-Guru SMKJM


Pn.Nurul Huda binti Abdul Wahab
Tajuk Kajian CPR Method ( Conatant Product Result)




En. Ismail bin Yon
Guru Cemerlang Media
Tajuk Kajian : Pengunaan CDRI oleh Guru-guru di SMKJM.






Pn. Nordian Binti Harun
Tajuk Kajian Tindakan :Program :Think & Check".



Pn. Siti Rohana binti Rahmat
Tajuk Kajian Tindakan: Budaya Kajian Tindakan di SMK Jalan Mengkibol


Tn. Hj. Izzudin bin Hj Adnan Guru Cemerlang Kaunseling
Tajuk Kajian Tindakan :Kenali guruKu

Takziah!



Salam,
Ucapan Takziah kepada Cikgu Shahrizam bin Abul Talib di atas peristiwa yang cikgu sekeluarga alami, bagi saya, keluarga dan seluruh warga SMK. Jalan Mengkibol, merakam rasa amat sedih dan terharu di atas kemalangan yang menimpa saudara sekeluarga. Kasih sayang cikgu kepada keluarga tak dapat memadam keriangan sepanjang hayat. Mudah-mudahan cikgu tabah menghadapinya. Kami rakan-rakan di SMK Jalan Mengkibol, akan berusaha untuk memberikan sokongan padu,rangsangan dan bantuan sedaya mungkin untuk membantu cikgu menjalani kehidupan mendatang. Sesungguhnya kami merasai bersama kehilangan orang tersayang, mudah-mudahan roh mereka ditempat dikalangan insan-insan yang budiman. Amin.

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.