SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

Program Iktiraf Pencapaian Akademik SMKJM 2010





Program Iktiraf Pencapaian akademik

Tarikh : 25 April 2010
Hari : Isnin ( Waktu Perhimpunan)
Masa 7.45 – 8.30 pagi
Tempat : Dataran Kejat SMK Jalan Mengkibol

2. Matlamat Program. Program Kecemerlangan PMR dan SPM merupakan usaha SMK Jalan Mengkibol ke arah menghasilkan pelajar cemerlang dalam akademik. Program yang lebih menjurus mengenai meningkatkan motivasi dan mengiktiraf kejayaan pelajar diharapkan dapat membantu para pelajar terus gigih dalam menghadapi peperiksaan yang penting iaitu PMR dan SPM. Memastikan pelajar sentiasa bermotivasi dan mendapat galakan untuk terus bersaing dalam menuju kecemerlangan akademik.

3.Objektif :
3.1 Mempertingkatkan kualiti kelulusan PMR dan SPM
3.2 Mencipta satu keadaan di mana pelajar dapat bersaing di antara satu sama lain untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam mencapai kedudukan terbaik di tingkatan masing-masing.
3.3 Meningkatkan semangat belajar antara pelajar
3.4 Mengekalkan dan meningkatkan tahap pencapaian PMR dan SPM yang sedia ada.
4.Sasaran 1. Calon PMR & SPM SMK Jalan Mengkibol , Kluang.
PMR 10 kelas (kedudukan terbsik 1,2,3 setiap kelas)
SPM 9 kelas (kedudukan terbaik 1,2,3 setiap kelas)

5.Jangka masa : Sepanjang tahun. Setiap peperiksaan Kurikulum 1, Pertengahan Tahun dan Percubaan PMR dan SPM.


Senarai Nama Pelajar Penerima Hadiah
NAMA TINGKATAN
1. Chan Xiao Min 5 ST1
2. Kai Full Boon
3. Lim Hui Jing
1.Nur Syakilah bt Saat 5 ST 2
2. Kesevan A/L Perabagaran
3. Kwan Meng Zheng
1. Thanaraj A/L Thiagarajah 5 ST 3
2. Gan Le Ying
3. Lew Seng Lim

1. Lim Min Jie 5 PA 1
2. Lim Teng Lee
3. Nurul Ainaa bt Hashim

1. Jau Meng Ren 5 PA 2
2. Lee Kui Onn
3. Mur Faiznurnisa bt Abd. Rahman

1. Nur Hasliza bt Jumat 5 VK 1
2. Mohd Alif bin Sukaimi
3. Haziq bin Mohamad Fuzi

1. Koh Sin Lui 5 PS 1
2. Lee Yoke Min
3. Tee Kun Siang

1. Lim Sin Yee 5 PS 2
2. Chong Xin Lei
3. Lee Pay Ting

1. Sharifah Salina bt Syed Mustaffa 5 PS 3
2. Sheela A/P Chandaran
3. Karthigayan A/L Subramaniam

Karnival Zapin Daerah Kluang 2010




Salam,

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Zapin Seri Gemalai SMK Jalan Mengkibol kerana telah berjaya menjadi Naib Johan Karnival Zapin Daerah Kluang 2010 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Simpang Renggam. Karnival yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Budaya Johor. Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang berlangsung dengan meriah pada 24 April 2010.
Apa yang membanggakan pasukan SMK Jalan Mengkibol satu-satunya pasukan yang turut disertai oleh dua pelajar berketurunan Cina, Dua orang pelajar beketurunan India dan enam orang pelajar berketurunan Melayu. Ianya bukan sahaja mendapat tepukan yang gemuruh dari semua penonton malah menjadi sebutan perasmi program tersebut Tn. Hj Sunaini bin Sailan yang mewakili Pegawai Pelajaran daerah Kluang. Akhir sekali syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada jurulatih sekolah Cik Norhayati Md Razan yang bersungguh-sungguh tanpa jemu melatih pasukan sekolah kita. Kepada ibu bapa yang hadir sama menyokong penglibatan anak-anak mereka terima kasih atas sokongan tuan puan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKJM 2010







Tarikh : 12 April 2010
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Surau Raudatul Ilmi (SMK Jalan Mengkibol)

Tema: "Memantap Ukwah Memperkasa Ummah"

Anugerah Maulidul Rasul 2010

Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2009
1. Muhamad Syahmi bin Hashim
2. Siti Hajar binti Mustaffa
3. Aizuddin Alif Bin Zainuddin

Anugerah Matapelajaran Terbaik PMR 2009
Pendidikan Islam
1. Muhamad Syahmi bin Hashim
2. Siti Hajar binti Mustaffa
3. Aizuddin Alif Bin Zainuddin

Anugerah Cemerlang SPM 2009
1. Mohd Nazri bin Zaharee

Anugerah Matapelajaran Terbaik PMR 2009
1. Mohd Nazri bin Zaharee
2. Mohd Fadzrin bin Mohd Fakhri
3. Mohd Norisham bin Abdul Malik

Anugerah Tokoh Pekerja
1. En. Enuan bin Abdullah
2. Pn Hanizah binti Tubi

Anugerah Tokoh Guru
1. En.Ramli bin Juri
2. En.Ahmad Khusaini bin Safri
3. Pn. Armiza binti Tumiran
4. Pn. Maharian binti Abdul Majid

Anugerah Tokoh Pelajar
1. Hajar Syahira binti Khalid
2. Aizuddin Alif bin Zainuddin
3. Amirul Zaki bin Khalid
4. Muhammad Amiruddin bin Kamarilzaman
5. Nurfarahin bin Shaban
6. Mohamad Amiruddin bin Abdul Razak.

Program Additional Mathematics Is Fun





Program Additional Mathematics Is Fun

Tarikh : 10 April 2010
Tempat : Dewan Besar SMK Jalan Mengkibol
Masa 8.00 pagi - 1.30 tengahari

Penceramah : En. Yew Kok Leh
Pengetua Cemerlang
SMK Jalan Mengkibol

Salam.
Dalam kesibukan sekolah menganjurkan pelbagai program sama ada melalui program peningkatan akademik, sahsiah mahupun badan beruniform. SMKJM sekali lagi berjaya menganjurkan Program "Additional Mathematics Is Fun" yang dihadiri hampir 100 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar SMKJM , SM Sains Johor dan beberapa sekolah di sekitarnya. Melalui moto "Additional Mathematics Is Fun if you understand what you learn". pelajar-pelajar telah diberikan rangsangan dan santapan minda oleh En. Yew Kok Leh untuk menjadikan pembelajaran Matematik Tambahan ini sesuatu yang menyeronokan. Perubahan ke arah penerimaan positif matapelajaran matematik tambahan ini,diharapkan dapat menjadikan ianya satu pembelajaran yang berkesan dan mampu meningkatkan kecemerlangan pencapaian prestasi matapelajaran Matematik Tambahan. Terima kasih Cikgu.

Perkhemahan bersepadu dan perpaduan 2010





Perkhemahan bersepadu dan perpaduan 2010
Tarikh : 9 & 10 April 2010
Tempat : Taman Wawasan SMK Jalan Mengkibol

Objektif Program

1. Memupuk daya kepimpinan dalam kalangan murid pelbagai kaum
2. Membina nilai-nilai bekerjsama,toleransi dan setiakawan melalui aktiviti interaksi antara kaum yang dirancangkan.
3. Meningkatkan pengetahuan murid - murid tentang kepentingan perkhemahan perpaduan antara pelbagai kaum
4. Berinteraksi dengan rakan pelbagai kaum secara sopan
5. Memupuk sikap bekerjasama murid-murid dalam satu pasukan yang melibatkan pelbagai kaum.

Salam,
Tahniah diucapkan kepada penyelaras perkhemahan 2010 cik Hajah Khalidah bte Khalid dengan pasukanya yang bersungguh-sungguh menjayakan perkhemahan perpaduan kali ini. Walaupun pada hari pertama diselubungi hujan yang maha lebat namun ianya ttidak mematahkan semangat guru-guru dan pelajar-pelajar terlibat.
Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa serta mendalami pengetahuan sejarah disamping menjadikan perpaduan sebagai agenda utama. Ianya amat penting memandangkan sekolah ini terdiri dari pelbagai kaum yang rationya tidak seimbang. Usaha-usaha terancang dan murni amat dihargai. Terima kasih kepada Kem Kom Cikgu Hafiz dan rakan-rakan pelatih dari UPSI yang bersama-sama menjayakan kem perpaduan SMK Jalan Mengkibol 2010. Tahniah.

Program Mentor Mentee SMK Jalan Mengkibol 2010

Program Mentor Mentee Pentadbir dan Guru Cemerlang
SMKJM 2010
Pelancaran Program 8 April 2010
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKJM.

Salam.
Dalam menjana usaha ke arah peningkatan kecemerlangan pelajar-pelajar SMKJM khususnya untuk menghadapi peperiksaan PMR 2010 ini. Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang dan Pihak Pentadbir telah merancang satu program Mentor Mentee secara bersama dengan objektifnya:

1. Memberikan bimbingan kepada pelajar secara lebih efektif
2. Mempertingkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar.
3. Menjalinkan hubungan yang erat antara guru dan pelajar.
4. Melahirkan pelajar yang berdaya sainbg serta bermotivasi tinggi

Senarai Mentor
En. Yew Kok Leh


En. Mohd Noh bin Mohd Yussof



Pn. Faridah bte Omar



En. Ng Cher Luang



Pn. Hjh Gayah bte Madu



En. Ismail bin Yon


Cik Hjh Khalidah bt Khalid



Tn.Haji Razib bin Dolah


Pn. Hasliza binti Salleh



Pn. Zaleha bt Hasine



Tn. Hj. Ezzudin bin Hj. Adnan



Ikrar Pelajar



Kami Calon PMR 2010
SMK Jalan Mengkibol
Berikrar Dan Berjanji
Kepada Diri, Ibu Bapa Dan Guru-Guru

Bahawa Kami Akan
Sentiasa Mengulangkaji Pelajaran
Sentiasa Menumpukan
Pengajaran Guru-Guru
Sentiasa Mencatat Nota

Sentiasa Mengutamakan Pelajaran
Berdisiplin Dan Menepati Masa
Demi Kecemerlangan PMR

Kami Juga Berjanji Dan
Sentiasa Berusaha Untuk
Mendapat Semua A
Dalam Semua Matapelajaran

Falsafah dari Tuan Pengetua yang perlu direnungi:

Setiap Perjalanan Bermula Dari Langkah Yang Pertama

Tiada perkara Yang Mustahil Untuk Kita Kecapi

Lebih Baik Bermula dari yang Masam Dahulu dan Manis Diakhirnya
Dari Bermula Dengan Manis Dahulu Tetapi Masam Diakhirnya

Kesungguhan Membuahkan Kejayaan

Percaya Pada Keyakinan Diri Sendiri Kerana Kita Boleh

Guru
Dalam Ajarnya Ada Harap
Dalam Tegurnya Ada Doa
Dalam Marahnya Ada Sayang
Dalam Diamnya Ada Bijaksana

Pelancaran Program Bulan Bahasa Melayu dan NILAM 2010







Pelancaran Program Bulan Bahasa Melayu dan NILAM 2010tua
Tarikh : 05.04.2010
Masa : 7.30-8.15 pagi
Tempat : Dataran Kejat
Perasmian oleh:
En. Yew Kok Leh
(Pengetua Cemerlang SMKJM)

Objektif

1. Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Melayu
2. Meningkatkan kemahiran pertuturanpelajar dalam Bahasa Melayu
3.Meningkatkakn kualiti dan kuantiti pencapaian dalam PMR dan SPM
4. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
5. Mengcungkil bakat pelajar dalam pelbagai kemahiran berbahasa dan berkarya


Aktiviti Sepanjang Bulan Bahasa Melayu

Tarikh Program
6 April 2010 Pelancaran program
11 April Pertandingan Shahibah
April 2010 Pertandingan menulis esei
April Pertandingan NILAM
10 April Pertandingan Mengeja
10 April Pertandingan Carilah saya
Perhimpunan Pertandingan bercerita/deklamasi sajak
10 Mei Lakonan
16 April Teka silang kata/kuiz Bistari
22 April Pusingan awal karaoke
10 April Pertandingan pengucapan awam/ aktiviti bersama Kem
Perkhemahan Kokurikulum/ Ulasan Novel/Rumusan/Ringkasan
6-10 April Menulis cerpen

Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.