SMKJM SEKOLAH PILIHAN KU

Kami bangga dengan Mu

Stand Up For The Champions

SPM 2012

SPM 2012
Wira dan Wati SMKJM

PMR 2012

PMR 2012

Lagu SMK. Jalan Mengkibol Terbaru

PESANAN PENGETUA

Salam,
Pesanan pengetua kepada para pelajar SMKJM semasa perhimpunan. 1 Mac 2010.

Selain memuji semua warga sekolah khususnya Pn Roziah bte Rahmat S/U Sukan dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan kejohanan Padang dan balapan tersebut, tuan pengetua juga memperkenalkan satu konsep kepada para pelajar yang dapat membantu meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran.

S - Sungguh-sungguh - melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
T - Taraf Tinggi - Mempunyai ukuran dan piawaian yang tinggi
U - Ulang- - Sentiasa membuat latihan yang berulang-ulang kali
D - Disiplin Tinggi - Mempunyai disiplin yang tinggi dalam semua aspek
Y - yakin - yakin kita boleh buat dengan yang terbaik

Gabungan lima elemen yang diutarakan oleh tuan pengetua jika digabungkan dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh para pelajar dalam kehidupan mereka mampu membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Sambutan Minggu Anti Dadah SMKJM 2010






Sambutan Minggu Anti Dadah SMKJM 2010

Anjuran Unit HEM. Kaunseling dan Unit Pencegahan Dadah SMk. Jalan Mengkibol 2010.
Tema : Satu Malaysia Membenteras Dadah

Objektif Program

1. Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran warga SMK Jalan Mengkibol tentang bahaya dadah.
2. Menggunakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sebagai medium penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah.
3. Mengcungkil dan menyubgurkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.

Program-Program sempena sambutan minggu anti dadah 2010

1. Ceramah anti dadah
2. pameran
3. Pertandingan melukisn poster
4. Program Cuna Lima Minit

Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SMKJM 2010









Salam,
Kejohanan sukan Padang dan Balapan SMK Jalan Mengkibol telah dilangsungkan dengan jayanya begitu kemas dan mendapat sambutan meriah dari semua warga sekolah. Apa yang membanggakan lagi dengan upacara perasmian yang diadakan secara besar-besaran dan begitu kemas sekali. Diringi oleh pasukan pancaragam sekolah yang semakin mantap persembahanya. Pasukan kawad kaki dari unit rumah unit-unit beruniform dan tumah-sumah sukan yang bertanding. Aturcara yang kemas dan larian yang bersungguh telah memugkinkan sukan padang dan balapan kali ke 27 ini menjadi bench mark atau penanda aras bagi acara-acara sukan padang dan balapan bagi tahun-tahun akan datang.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan mantap pasukan pancaragam diikuti dengan pesembahan seni silat Gayung Malaysia SMK Jalan Mengkibol dibawah pimpinan cikgu Effendi Sazali dan pesembahan dari pasukan Taekwando SJM. Tahniah dan syabas dari seluruh warga sekolah kepaqda En. Ng Cher Luang, khususnya Pn Roziah binti Rahmat S/U sukan yang begitu komited dab bersungguh dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Tak lupa sekalung ucapan tahniah kepada Cikgu Mohd Hairul Ketua Guru Rumah sukan Langkasuka dan guru-guru penasihat yang sekali lagi tahun ini mengekalkan kejuaraan keseluruhan. Syabas SJM.

Kempen Budi Bahasa dan Sahsiah Terpuji 2010


Pidato Bahasa Inggeris



Pidato Bahasa Melayu


Ikrar Pelajar

Penyerahan Penanda Buku Kempen Budi Bahasa

Perasmian Kempen Budi Bahasa


Kempen Budi Bahasa dan Sahsiah Terpuji 2010
Tarikh : 22 Febuari 2010
Tempat : Dataran Kejat ( SMK. Jalan Mengkibol Kluang)


Objektif
1.Memberi pendedahan kepada pelajar maksud berbudi bahasa dan adab sopan yang betul
2. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikan adab yang betul dan memahaminya
3. Mencari contoh pelajar yang baik sahsiahnya agar menjadi ikutan pelajar lain

Pengisian Program

1. Pemilihan pelajar sahsiah terpuji
2. Pertandingan mengarang Bahasa Melayu
3. Panduan amalan berbudi bahasa
4. Nyannyian lagu Budi Bahasa setiap pagi
5. Melukis poster
6. Pemberian penanda buku " Always With You" kepada setiap pelajar.


Erti budi bahasa

Tutur kata,kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia.
Tegasnya setiap geraklaku, tuturkata dan tatahidup sebagai peribadi mahupun dalam pergaulan masyarakat tercantum dalam Budi Bahasa.


Ikrar

Kami pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol
Berikrar dan berjanji
Kepada diri ,ibu bapa dan guru-guru
Bahasa kami akan
Sentiasa mematuhi peraturan sekolah
dan mengamalkan adab-adab dan nilai-nilai
Berbudi bahasa pada setiap masa

Kami juga berjanji akan menghormati
Guru,guru, kakitangan sekolah. rakan-rakan dan
Pelawat yang berada di sekolah ini.

Kami juga berjanji
Sentiasa menjaga dan mengharumkan nama baik sekolah
Pada setiap masa dan di mana juga.

29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR


29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i- Pengetua.
ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan Khas

Selamat Hari Lahir




Salam,
Warga SMKJM mengucapkan selamat hari lahir kepada guru-guru yang hari jadi pada bulan Febuari 2010 dan Semoga Allah memberikan keselamatan dan kesejahteraan kesihatan yang berpanjangan buat anakda cikgu Mohd Noh bin Mohd Yusof serta sihat seperti biasa hendaknya.

Selamat Tahun Baru Cina 2010







Karya Pelajar sempena Tahun Baru Cina 2010


Bagi pihak Pusat Sumber Sekolah dan Warga SMK Jalan Mengkibol, kami mengucapakan selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru dan pelajar yang beragama Buddha . Semoga tahun Harimau ini akan membawa kecemerlangan, kesihatan dan kekayaan kepada tuan-tuian dan puan-puan sekalian.

Acara Akhir Kejohanan Sukan SMKJM 2010






Acara Akhir Kejohanan Sukan SMKJM 2010 telah diadakan pada 10 dan 11 Febuari 2010
empat buah rumah Inderapura, Langkasuka, Gangganegara dan Srivijaya telah mengambil bahagian. Kejohanan Sukan SMKJM akan diadakan pada 25 Febuari 2010 selepas sammbutan Tahun Baru China diharapkan semua pelajar dan guru akan bersedia melaksanakan kejohanan tersebut memandangkan kali ini ianya diadakan secara terbuka dengan menjemput sekolah-sekolah sekitar SMKJM untuk menyertai kejohanan tersebut.

Kempen Jimat Air dan Elektrik SMKJM 2010



Pidato dalam bahasa Inggeris

Pidato dalam bahasa Malaysia

Pembacaan Kaedah penjimatan oleh ketua pengawas.

Penerimaan Brosuer Kaedah-kaedah Penjimatan Air dan Elektrik Oleh Ketua Pengawas Sekolah

Perasmian Kempen Jimat Air dan Elektrik SMKJM 2010

Ucapan Perasmian Tn.Pengetua.


Objektif Kempen

1.Mempertingkatkan kesedaran semua warga SMKJM akan kepentingan dalam penjimatan air dan elektrik secara efisien

2.Mempromosi dan mendidik masyarakat SMKJM cara-cara menjimatkan air dan elektrik serta mengelakkan pembaziran menerusi pelbagai maklumat dan aktiviti pendidikan

3.Meminimumkan kos penggunaan air dan elektrik di sekolah.


SMK JALAN MENGKIBOL KLUANG JOHOR
JADUAL AKTIVITI KEMPEN KESEDARAN JIMAT AIR & ELEKTRIK SEKOLAH
TAHUN 2010


Penafian

smkjm.blogspot..com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.